in

Banyak Bencana Hujung Tahun, Pakar Saran Anjak Cuti Sekolah Ke Tengah Tahun

Kerajaan Pertimbang Anjak Cuti Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak kerajaan disaran untuk mempertimbangkan cadangan untuk menganjak sesi cuti sekolah akhir tahun ke pertengahan tahun bagi mengelakkan bencana alam.

Menurut Pakar Meteorologi Universiti Malaya, Profesor Datuk Azizan Abu Samah berkata, banyak kejadian bencana alam yang berlaku pada penghujung tahun adalah disebabkan musim Monsun Timur Laut.


Tambahnya lagi, negara telah kerap kali berdepan dengan bencana seperti kes yang melibatkan kanak-kanak dan keluarga yang maut akibat mati lemas, tanah runtuh dan sebagainya.

319319621 666001441900775 4503274436570212066 N

Menurut Datuk Azizan lagi, cadangan ini boleh diteliti supaya kejadian sebegini boleh dielakkan daripada berulang tatkala ramai pelajar dan ibu bapa mengambil peluang cuti sekolah tersebut untuk beriadah pada penghujung tahun dan pastinya akan terdedah kepada risiko bencana alam.

Jelasnya lagi, ibu bapa juga perlu peka dengan keadaan cuaca pada penghujung tahun dengan mengelak untuk ke lokasi percutian yang berisiko tinggi.

“Pandapat saya agar kerajaan boleh mempertimbangkan usaha anjakan cuti sekolah panjang ke bulan Jun, Julai atau September”

Sebagai contoh, sesi cuti panjang sekolah di United Kingdom (UK) biasanya bermula pada musim panas kerana memberi laluan kepada pelajar di sana bercuti dalam cuaca yang lebih selesa dan kurang berisiko untuk berlakunya bencana.

Picnic G0B1Dca510 1920

Tambahnya lagi, sekiranya cuti dianjakkan, ibu bapa dan anak-anak boleh melakukan aktiviti perkhemahan kerana cuaca yang baik.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengesahkan terdapat guru dan murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Jumaat lalu.

Pun begitu, beliau berkata lawatan dan perkhemahan tersebut di lokasi kejadian tidak dianjurkan oleh pihak sekolah tetapi merupakan kunjungan persendirian.

Baca : “Dia pucat, sejuk, tak bernadi” – Anggota APM Kongsi Pengalaman Sedih Selamatkan Mangsa Runtuhan

Apm Kongsi Pengalaman Sedih Mangsa Runtuhan

Sumber: Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.