in

“Bang TBS kat mana?” – Sampai Sesat Kat Bangi, Lelaki Ni Sanggup Redah Teluk Intan-TBS Sebab…

Untitled Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita selalu mengeluh bila dilanda kepayahan, seolah-olah laluan hidup kita ni terlalu berliku kalau nak dibandingkan dengan orang lain kan?


Admit je la, semua orang macam tu. Kadang-kadang kita teringat janji tuhan, bahawa kalau kita mensyukuri sesuatu perkara kita pasti akan diberi ganjaran berlipat ganda. Tapi adakalanya kita lose control, dan mulalah mulut ni laju je nak bercakap yang bukan-bukan.

Tak apalah. Dah namanya pun manusia, mudah lupa.

Ada satu kisah yang hendak dikongsikan, berkait rapat dengan konsep mensyukuri segala sesuatu yang ada.

Ia diceritakan seorang pengguna Twitter @didkenobi, yang menyifatkan pengalaman dilaluinya ini memberi dua pengajaran besar dalam hidupnya.

Kisahnya…

Did3

Tiba-tiba katanya, ada seorang brader yang menunggang EX5 muncul di sebelah dan cuba menegurnya.

“Bang, tahu tak kat mana jalan nak ke TBS? Saya kat KL ni dari tengah hari tadi pusing-pusing tak jumpa-jumpa TBS.”

Alamak, seriouslah nak ke TBS? Dah jauh melencong sangat dah tu sampai ke Bangi perginya.

Did4 1

Bila ditanya, rupa-rupanya ayah brader tu yang meninggal sebab tu dia nak ambil adik dia bawa balik kampung. Aduh, lagi berat hati dibuatnya kalau tak ditolong — orang tu betul-betul dalam kesusahan.

Bab-bab keluarga ni memang mudah buat kita menangis, apa pun sanggup kita lakukan demi mak ayah kan?

So

Did5

Sewaktu di TBS, kedua-dua mereka pun berborak sementara nak tunggu adik brader tadi sampai.

Did6

Dan selepas 20 minit menunggu, adik brader tadi ni pun muncul dan mereka bersiap-siap untuk memulakan perjalanan pulang semula ke Teluk Intan — demi menatap wajah sang ayah juara satu seluruh dunia buat terakhir kali.

Did2

Did7

Kisahnya berakhir di situ, dan diharapkan dua beradik tu sampai ke kampung halaman dalam keadaan selamat hendaknya.

Jadi, dua pengajaran yang diperoleh dalam kisah @didkenobi ni adalah ringankan tangan membantu orang yang sedang dalam kesusahan seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Kita tak boleh jangka bagaimana pula dengan nasib kita pada hari-hari akan datang, mana tahu esok lusa kita pula ditimpa kesusahan kan?

Lagi satu…

Did8

Ramai orang belajar pelbagai perkara dan hikmah dalam kehidupan ni dengan cara berbeza-beza.

Ada sebabnya mengapa kita dipertemukan dengan manusia yang sekian-sekian ragamnya, tidak lain antaranya adalah untuk kita belajar sesuatu dari mereka.

Dan belajar dari pengalaman orang lain, bukan sahaja dapat membuka minda malah akan membuat kita lebih bijaksana dan berakal dalam mengharungi jerih perih kehidupan.

 

Baca: “Terima kasih dik, jumpa kita di syurga” – Kisah ‘Mat Motor’ & Pakcik Yang Kena Halau Masjid Malam Aidiladha

Did9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.