in

Bala Cuba Mencuri Di Rumah Bilal, Pencuri Jadi Tatapan Orang Kampung Selama 6 Jam Sebab Takut Nak Turun

Ft Curi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak lagi pekerjaan halal di luar sana tapi masih banyak yang sanggup menganiaya orang lain untuk perolehi wang seperti pecah masuk rumah untuk mencuri.


Bagaimanapun tak semua percubaan para penyamun ini berjaya. Ada juga yang gagal dengan jayanya seperti kegagalan pencuri ini yang sudah ‘terciduk’ di awal pagi lagi.

 

Bilal terdengar bunyi ingat binatang, sekali…

Awal pagi tadi kira-kira jam 2 pagi, bilal dikatakan terjaga setelah terdengar bunyi bising atas bumbung rumahnya. Bilal menyangkakan bunyi itu datang dari binatang seperti musang atau kucing, alangkah terkejutnya dia bila melihat kelibat seorang lelaki!

Uih siapa je tak terkejut kalau terkena macam ni…min pun boleh panik.

Hasrat pencuri tersebut mahu memecah masuk rumah milik bilal Masjid Jalil Hassan, Kampung Pasir Putih, tidak kesampaian apabila dia tersadai di atas bumbung lebih kurang 6 jam jugalah!

 

Pencuri takut nak turun, sampai kena guna kren!

Menyedari kehadiran pencuri tersebut, dengan pantas bilal kejutkan ahli keluarga dan maklumkan kepada jiran-jirannya. Kata saksi kejadian kepada Kosmo, tindakan pantas bilal berkenaan menyebabkan usaha melarikan diri pencuri itu terbantut kerana dia takut nak terjun.

Curi

Polis cuba pujuk tapi tak berjaya.

Kemudian polis meminta bantuan daripada pasukan bomba untuk menangkap suspek dengan menyembur air daripada jentera bomba tapi itu pun gagal.

Akhirnya mereka terpaksa meminta bantuan menggunakan kren sebuah syarikat pembinaan berhampiran.

 

Sanggup jadi tatapan 6 jam penduduk

Suspek ditangkap dengan bantuan kren untuk menurunkannya, mungkin dia rasa takut diapa-apakan oleh penduduk kampung sebab itu dia rela jadi ‘tatapan’ atas bumbung selama berjam-jam.

Jelas saksi juga, penduduk kampung tak mengenali pencuri tersebut dan mereka percaya bahawa dia merupakan orang luar dari kampung. Lelaki berusia lingkungan 40-an itu diberkas pukul 8.30 pagi dan kini dia ditahan di balai polis berdekatan untuk disoal siasat.

Ada hikmahlah dia try nak curi rumah bilal ye…

 

Baca : “Salah rumah la pulak” – Pencuri ‘Terciduk’ Ceroboh Masuk Rumah Pegawai Polis, Diuji Positif Dadah

Ft Pecah Final

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.