in

“Salah rumah la pulak” – Pencuri ‘Terciduk’ Ceroboh Masuk Rumah Pegawai Polis, Diuji Positif Dadah

Ft Pecah Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular baru-baru ini di media sosial sehingga berjaya meraih perhatian netizen berkaitan kejadian seorang ‘mat gian’ yang ‘terciduk’ selepas ‘kantoi’ memecah masuk rumah orang ‘biasa’.



 

Pecah masuk rumah polis 

Namun, perbuatannya itu mengundang padah apabila lelaki ini dikatakan tersilap ‘pangkah’ rumah gara-gara dia secara tidak sengaja telah memecah masuk ke dalam rumah milik seorang pegawai polis!

Menurut Berita Harian, lelaki yang berusia 22 tahun itu telah ditahan selepas memecah masuk kediaman seorang pegawai polis di Taman Sourabaya Indah, Kuching pada pukul 3.30 pagi tadi.

Feat Rumah Polis

 

‘Dikunci’ pemilik rumah, siap ‘diescort‘ sehingga ke balai

Apa yang melucukan, suspek bukan sahaja tersalah pecah masuk rumah, malahan dia juga telah ‘dikunci’ sendiri oleh pegawai polis tersebut yang terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi yang mencurigakan dari arah pintu utama rumahnya.

Bukan setakat itu, suspek juga turut dihantar sendiri oleh pegawai polis itu ke balai polis yang berhampiran.

Pecah 1

Special tu, tuan rumah siap escortkan. 

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak itu yang mencari punca bunyi mencurigakan itu kemudiannya mendapati suspek sudah pun berada di dalam rumahnya.

Polis itu kemudiannya bertindak pantas dan berjaya menangkap suspek sebelum menghantarnya ke balai polis yang berhampiran.

 

Ujian air kencing positif dadah Methamphetamine

Feat Pecah

Tambahnya lagi, hasil ujian air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis Methamphetamine. Hasil semakan juga mendapati dia turut mempunyai 3 rekod jenayah lampau.

Kes ini masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Kejadian yang tular di media sosial ini berjaya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa geli hati dengan ‘nasib malang’ pencuri tersebut.

 

“Buat kerja tak clean” – Netizen

Rompak 1

Rompak 2

Rompak 3

Itulah orang selalu pesan, “Kids, don’t do drugs”. Kan tak memasal tidur lokap. 

Baca: “Challenge apa diaorg tengah buat ni” – Lelaki Berani Mati Curi Kereta Polis Dalam IPD Baca Rompak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.