in

“Bakat luarbiasa”- [Video] Viral Budak 5 Tahun Kendalikan Jentera Pengorek, Bantu Penduduk Bersihkan Sisa Runtuhan Akibat Banjir

Feat Trak Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia baru-baru ni, netizen telah dikejutkan tentang video yang tular di media sosial berkaitan dua orang budak lelaki yang berani memandu kereta bapa dan lori treler.


Terbaru, tular pula video seorang budak lelaki yang mengendalikan sebuah traktor milik datuknya. Amboi, taknak kalah!

 

Umur baru 5 tahun dan handal kendalikan jentera

Apa yang lebih mengejutkan, budak lelaki yang dikenali sebagai Theo Paays itu baru berusia 5 tahun! Menurut sumber, video tersebut berlaku di Jakarta, Indonesia.

Wow, hebat kau dik!

Dalam video tersebut, kanak-kanak lelaki tersebut dilihat telah memandu pulang jentera pengorek itu ke sebuah kawasan yang berhampiran dengan rumahnya.

Video yang berdurasi selama 4 minit itu telah dimuat naik ke akaun Facebook milik Ayos Pattiasina.

Trak Link

.

Dia cucu saya – Anthony Paays

Anthony Paays yang merupakan datuk kepada budak lelaki berkenaan jelas berbangga dengan kebolehan cucunya yang cekap untuk mengendalikan jentera berat itu tanpa bantuan sesiapa.

Namanya Theo Paays dan dia cuma berusia 5 tahun. Dia cucu saya.

Menurut Anthony lagi, kecekapan cucunya dalam mengendalikan jentera itu mungkin disebabkan cucunya itu gemar memerhatikan operator lain memandu jentera pengorek sejak setahun lalu.

Selain itu, Anthony yang bekerja sebagai ketua projek pembangunan di kawasan itu turut menyimpan beberapa buah mesin pengorek serta traktor milik syarikat pembinaan di kawasan rumahnya.

 

Semuanya dipelajari sendiri tanpa bantuan sesiapa

Anthony juga meluahkan bahawa dia tidak bimbang untuk membiarkan cucunya itu untuk mengendalikan jentera-jentera tersebut. Menurutnya, cucunya itu tahu teknik yang betul untuk mengoperasikannya.

Saya tidak berasa bimbang membiarkan Theo mengendalikan jentera-jentera ini kerana dia tahu teknik yang betul

Theo juga mahir memandu traktor. Semuanya dipelajari sendiri tanpa bantuan saya atau sesiapa

 

Bantu bersihkan sisa jambatan runtuh 

Penduduk kampung telah meminta tolong Theo bagi membantu untuk membersihkan sisa jambatan runtuh yang menyekat aliran sungai di kampung tersebut.

Selain itu, Theo juga turut membantu untuk mengalihkan batu besar yang menghempap saluran paip sumber air bersih di sungai tersebut dengan menggunakan jentera pengorek.

Menurut laporan, jambatan sementara itu dikatakan telah rosak dan runtuh gara-gara banjir yang berlaku baru-baru ini.

Video yang berdurasi selama 4 minit itu mendapat lebih daripada 300,000 views dan 5,000 shares. Rata-rata netizen yang menurunkan komen meluahkan rasa kagum dengan kecekapan kanak-kanak itu walaupun baru berusia 5 tahun.

 

Luar biasa – Netizens 

Komen Trak 1

Komen Trak 2

 

Baca: Jangan ada yang bawak kapal terbang! Lepas Viral Bawa Kereta, Viral Pula Kanak-Kanak Bawa Lori Treler Minyak!

Baca Trak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.