in

“Bakal wakil Malaysia ni!” – [VIDEO] Aksi Adik 3 Tahun Jalani Latihan Badminton Raih Perhatian Netizen

Page 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukan badminton boleh dikatakan tidak asing lagi dari pengetahuan rakyat Malaysia. Pasti sebelum ini kita pernah saja menonton atlet-atlet tempatan seperti Lee Zii Jia, Dato’ Lee Chong Wei dan beregu Aaron-Wooi Yik di kaca televisyen ketika mereka membawa dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.



Sebenarnya, badminton merupakan sukan yang sesuai dimainkan oleh masyarakat tidak mengira jantina atau umur. Walhal di China sekalipun, atlet mereka telah dilatih seawal fasa kanak-kanak lagi bagi membiasakan diri mereka dengan sukan tertentu.

Melalui perkongsian di Tiktok oleh @steadyyeop79, kita dapat lihat aksi adik berusia tiga tahun ini begitu cekap beraksi dalam latihan badminton bersama bapanya. Kecil-kecil cili padi nampaknya adik ni!

@steadyyeop79

asma husni 3 tahun..latihan stroke shuttle..semoga berjaya#badminton

♬ Fikirkan Boleh – Metropolitan

Aksi kanak-kanak wanita ini bersama bapanya dalam latihan stroke shuttle memukau mata netizen yang menonton video ini. Walaupun berbadan kecil, namun kita nampak adik ini mempunyai refleks yang baik serta semangat juang yang tinggi untuk membalas setiap pukulan yang diterima.

Dikatakan ini bukan pertama kali pengguna Tiktok ini memuat naik video anak kecilnya itu beraksi di gelanggang badminton. Namun, video kali ini menerima lebih 200 ribu jumlah paparan dan 20 ribu like di Tiktok.

Rata-rata netizen kagum dengan kebolehan adik ini dan menyatakan bahawa mereka masih belum mencapai apa-apa seawal usia tiga tahun dulu. Ada juga yang rasa adik ini bakal mewakili Malaysia di masa hadapan.

2 81 65 6 4 7 3 8

Hebat kan? Min rasa memang tak mustahil adik ni akan jadi wakil Malaysia nanti.

BACA: “Dah macam ayah sound anak” – Gelagat Hendawan Nasihat Lee Zii Jia Curi Tumpuan Peminat

8 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.