in

Bakal Suami Kena Sailang Dengan Wedding Planner Sendiri Beberapa Minggu Sebelum Perkahwinan Berlangsung

Jamesdonna3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aduh! Sakit, memang sakit! Bayangkan kalau tengok bakal pasangan hidup kena sailang depan mata, dengan orang terdekat pula tu! Mestilah hati berkecamuk kan?


Seorang wanita 28 tahun terpaksa menelan kepahitan ini apabila bakal suaminya kena sailang depan mata.

 

Berkenalan 6 bulan terus propose ajak kahwin tiba-tiba…

Kisahnya begini, cinta mereka mula berputik selepas mereka mula berkenalan dalam satu kelab di UK, selepas enam bulan. James Routledge pun melamar Donna Bettiss untuk dijadikan pasangan hidup.

“Kami berdua memang dah jatuh cinta. Saya ingin menghabiskan sisa hidup saya dengannya.” – Donna

Jadi, mereka pun mula lah berurusan dengan Paige Hannington yang bekerja sebagai wedding planner untuk uruskan hari terindah buat pasangan ni.

“Saya dan Paige berjumpa untuk minum koktail dan dia memberikan saya barang untuk hari perkahwinan. “

Tup-tup lagi beberapa minggu nak kahwin James tiba-tiba nak putuskan hubungannya dengan Donna dan minta batalkan perkahwinan.

Hatinya bertambah hancur bila dia dapat tahu yang James nak kahwin dengan Paige, wedding planner diaorang sendiri!

“Bila James bagi tahu saya yang dia dah tak cintakan saya lagi dan perkahwinan takkan diteruskan, hati saya hancur. Saya tertunduk kat atas lantai dan menangis, saya mengenang nasib dekat spot yang sama sampai 4 hari.”

 

Nak let go dress yang bernilai RM 9,300

Pengalamn pahit Donna yang terjadi pada tahun lepas ni cukup memeritkan sehingga kini, disebabkan itu dia nak jual gaun yang ditempah melalui designer bernilai £1,800 (RM 9,300) tu.

“Gaun ni ada dalam almari pakaian,saya memang tak nak tengok baju ni. Banyak sangat kenangan buruk”. 

Bagaimanapun kehidupan Dona sekarang dah makin bahagia dah, sekarang ini dia dah ada pasangan baru dalam hidup dia.

 

Ex-BF dah ada anak dengan wedding planner

Manakala James dan Paige pula, mereka sekarang dah bertunang dan ada seorang anak perampuan, mereka menjelaskan bahawa masing-masing tak bahagia dengan bekas pasangan masing-masing.

Maksudnya James tak happy dengan Donna dan Paige pula tak happy dengan ex-boyfriend dia. Tulah sebab diaorang bercinta kot.

Menerusi The Sun, ketika mereka berjumpa, masa tu Paige tengah ada masalah dengan bekas suaminya.

“Masa tu saya stress dengan perkahwinan saya, saya bagitahu kawan-kawan yang saya nak bercerai dan ia akhirnya berhasil. Lepas dua tiga hari kejadian tu, saya nampak James kat temat kerja saya, dia kata dia dah tinggal kan Donna”

Mereka berdua tak lama lagi akan berkahwin.

 

Baca : “Kasi charge mahal banget” – MUA Kena Tinggal Dengan BF Sebab Curang, Tapi Lepas Tu Cari Balik Sebab...

Mua7 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.