in

“Bakal selamatkan jutaan nyawa kanak-kanak” – WHO Luluskan Vaksin Malaria Pertama Di Dunia

Vaksin Malaria Ditemui Setelah 100 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saban tahun penyakit Malaria meragut sekitar 500,000 ribu nyawa dan separuh daripadanya merupakan kanak-kanak di Afrika.


Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) buat kali pertamanya meluluskan pengeluaran vaksin bagi melawan ‘musuh’ dunia perubatan sejak sekian lama dan merupakan sinar baharu dunia perubatan yang dijangkakan dapat menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak terutamanya di Afrika.

Vaksin keluaran GlaxoSmithKline tersebut dapat meningkatkan imunisasi kanak-kanak dan menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata ini adalah sebahagian daripada detik bersejarah dunia perubatan dalam usaha melawan penyakit malaria.

Vaksin Malaria

Difahamkan, Mosquirix atau turut dikenali sebagai Vaksin RTS, S, ini akan dilancarkan secara meluas berikutan program perintis yang dilakukan di Ghana, Kenya dan Malawi mencatatkan hasil yang positif.

Selain itu, vaksin yang direka khusus untuk meningkatkan sistem imun kanak-kanak ini juga difahamkan bakal menjadi penanda aras selain mengakhiri pencarian dan penyelidikan selama 100 tahun terhadap wabak yang telah membunuh lebih dari 500,000 orang setiap tahun ini.

“Walaupun penyakit ini tidak membawa maut, serangan berulang pada tubuh mereka dapat mengubah sistem kekebalan tubuh secara kekal, menjadikannya lemah dan rentan terhadap patogen lain”

Dalam pada itu, difahamkan vaksin Mosquirix ini bukan sahaja vaksin pertama untuk melawan Malaria tetapi juga merupakan satu-satunya vaksin yang berjaya dihasilkan bagi melawan penyakit disebabkan parasit.

Malaria

Malaria merupakan penyakit yang merebak melalui gigitan nyamuk dan ianya dilaporkan telah membunuh sekitar setengah juta orang setahun dan kebanyakannya di Afrika dan melibatkan kanak-kanak di bawah usia lima tahun. Ia juga dikenali sebagai salah satu penyakit parasit tertua di dunia dan sangat sukar untuk dibendung.

Selain itu, difahamkan Hari Malaria Sedunia disambut setiap tahun pada 25 April di seluruh dunia bagi menyatakan komitmen berterusan untuk pencegahan dan kawalan penyakit malaria.

Untuk makluman, Malaysia telah berjaya mengekalkan status sifar malaria sejak tahun 2018 lagi. Status berkenaan telah berjaya dikekalkan sepanjang tahun 2019 dan terkini setakat tempoh Januari hingga 18 April 2020.

Baca : [TERKINI] Harga Baru Self Test Kit Akan Diumumkan & Booster Shot Tak Wajib Untuk Semua- KJ

Ft Menteri Kesihatan Kj

 

Sumber: NY Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.