Sebuah pelantar minyak di Teluk Mexico telah terpecah paip sambungannya dan menyebabkan kebakaran besar di kawasan itu.
Dalam satu video kejadian itu, kelihatan sebahagian perairan di Teluk Mexico bertukar menjadi lautan api. Menurut kenyataan syarikat pengeluar minyak milik Mexico, Pemex, kejadian berpunca daripada kebocoran gas yang berlaku pada saluran paip bawah laut.
Kebakaran besar itu berlaku kira-kira 150 meter dari pelantar minyak milik syarikat berkenaan di Semenanjung Yucatan sebelum dikesan melalu satelit.
Pihak berkuasa dan pasukan menyelamat telah bergegas ke lokasi kejadian dengan 3 bot pemadam api bagi mengelakkannya menjadi lebih marak. Korang boleh tengok video api di tengah lautan tu dalam tweet @MLopezSanMartin di bawah.
🚨 Sobre el incendio registrado en aguas del Golfo de México, en la Sonda de Campeche, a unos metros de la plataforma Ku-Charly (dentro del Activo Integral de Producción Ku Maloob Zaap)
Tres barcos han apoyado para sofocar las llamas pic.twitter.com/thIOl8PLQo
— Manuel Lopez San Martin (@MLopezSanMartin) July 2, 2021
Menurut Independent, pasukan menyelamat mereka menggunakan bahan berunsur nitrogen untuk mengawal api dan memadamkannya. Pada masa yang sama, saluran injap terpaksa ditutup sementara bagi kerja pemadaman api.
Turut dilaporkan, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan setakat ini oleh pihak berkuasa. Api berjaya dikawal kira-kira lima jam selepas pasukan keselamatan bertungkus-lumus memadamkannya. Akhirnya api yang marak itu membentuk seakan ‘mata di tengah lautan’ sebelum berjaya dipadam sepenuhnya.