in

“Baju busuk tak sesuai nak makan sama” – Kisah Budak Kutip Kotak Terpakai Tolak Pelawaan Pendakwah Undang Sebak Netizen

kanak kanak kutip kotak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkongsian pendakwah dan personaliti televisyen, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim mengenai kanak-kanak yang dijumpai mengutip kotak terpakai untuk dijual demi membantu keluarga mengundang sebak netizen.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya, katanya kejadian berlaku tengah hari semalam (Rabu) di Sekyen 15, Bandar Baru Bangi ketika beliau singgah untuk makan di kawasan berkenaan.


Kisah bermula apabila seorang kanak-kanak lelaki yang berada di belakang keretanya menegurnya sambil memuji kenderaan yang dipandunya.

“Anak tu menyapa saya dan berkata ‘Cantik kereta pak cik…’ Saya cakap nanti adik pun boleh beli macam ni apabila besar nanti, belajar rajin-rajin,” katanya.

Kemesraan yang dipamerkan kanak-kanak itu telah membuatkan beliau tersentuh dan terdetik untuk mengajaknya makan bersama.

“Dia jawab tak makan lagi, beras habis kat rumah… Aduh, hati saya sayup terus,” ujarnya.

Mendengar jawapan tersebut, beliau kemudiannya mengajak kanak-kanak itu makan bersamanya, namun ajakan tersebut ditolak dengan alasan tidak sesuai kerana keadaan dirinya yang tidak terurus.

“Ajak dia makan dengan saya, dia jawab ‘baju busuk tak sesuai…’ Puas saya ajak dia tetap tak mahu. Akhirnya saya mengalah dan saya belikan dia nasi bungkus,” katanya.

Screenshot 2025 11 27 125256

586944220 18539570524029177 2425703137835024824 n

Artikel berkaitan: “Banyak kali dia try keluar duit” – Mengesot Turun Tangga, Netizen Sebak Lihat Keadaan Lelaki OKU Ini

Artikel berkaitan: Selepas Isu Bantuan Lampin, Wanita Asnaf Dakwa Alami Kesan Sampingan Selepas Terima Suntikan Di Hospital

Netizen dakwa sudah beberapa kali terserempak 

Menjengah ke ruangan komen, netizen mendakwa sudah beberapa kali terserempak dengan kanak-kanak terbabit dan mendedahkan bahawa bapanya juga menyara keluarga dengan mengutip kotak.

Ada juga yang pernah menemu bual kanak-kanak itu tidak akan ke sekolah jika tidak cukup wang dan membantu bapanya mencari kotak dan mengumpul tin.

Screenshot 2025 11 27 125354 Screenshot 2025 11 27 125502

Penjelasan Lembaga Zakat Selangor

Susulan hantaran tersebut meraih perhatian ramai, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjelaskan keluarga kanak-kanak itu merupakan asnaf miskin yang sudah berdaftar sejak tahun 2016 dan ada menerima pelbagai bantuan.

Menurut LZS, bapa kepada kanak-kanak itu sedang menerima rawatan di hospital dan pihaknya sentiasa memantau dan memastikan kebajikan keluarga ini terjaga.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.