in

“Bahayanya!” – Lebih 1,000 Pekerja Kilang Hasilkan Surgical Face Mask Positif Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pekerja sebuah kilang di Colombo disahkan positif Covid-19 selepas diuji dan hasilnya lebih 1,000 pekerja dijangkiti wabak itu.


Lebih buruk lagi, hingga Ogos lalu kilang tersebut dikatakan telah menghasilkan pelitup muka pembedahan untuk Amerika Syarikat (AS).

Dah tak pasal-pasal nanti dorang pula kena salah dengan AS…

Usaha pihak berkuasa Sri Lanka giat dijalankan bagi mencari sumber utama jangkitan itu.

Kes pertama mula dikesan dikilang tersebut sejak tiga hari lepas namun bilangan kes yang dilaporkan di negara itu dikatakan semakin meningkat. 

Menurut pemilik kilang tersebut, usaha mengawal penyebaran wabak itu adalah sukar kerana wujud sebilangan pembawa yang tidak menunjukkan gejala lapor Berita Harian

“Sebilangan besar kes positif terbukti tidak menunjukkan simptom atau sebarang gejala berkaitan COVID-19,”

Bagaimanapun kenaikan bilangan pesakit tidak mematahkan semangat ketua ahli epidemiologi, Sudath Samaraweera yang meminta kerjasama masyarakat dan pihak berkuasa bagi mengelakkan penyebaran wabak ini.

 

Kami berusaha untuk mengesan bagaimana virus itu masuk dan ada kemungkinan kami akan berjaya atau mungkin tidak,”

Susulan itu, langkah pencegahan diambil oleh negara itu adalah dengan melarang perhimpunan awam, penutupan sekolah lebih awal daripada cuti penggal, pembatalan kejohanan kriket serta penangguhan sambutan ulangtahun ke -71 tentera di negara itu.

Min harap semua usaha yang diambil oleh setiap negara bakal membuahkan hasil…

 

Baca : Lebih banyak mati sebab denggi dan malaria MB Kedah Mahu Rakyat Henti Salahkan Kerajaan Negeri Isu COVID 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.