Tawaran produk berkualiti tinggi dengan harga murah semestinya tidak asing lagi buat penggemar 7CAFé oleh 7-Eleven yang baru-baru ini telah melancarkan 12 menu makanan sedia dimakan terbaharu.
Kedai serbaneka pilihan ramai ini yang turut dijadikan destinasi pilihan gaya hidup, kini menyajikan menu makanan sedia dimakan mengikuti selera tempatan yang pastinya akan menggamit memori di dalam setiap suapan.
Antara menu sedia dimakan yang pastinya menjadi pilihan ramai dan mesti dicuba di 7CAFé oleh 7-Eleven adalah Nasi Goreng Kampung (RM5.90), Nasi Ayam Pad Kra Pao (RM6.90), Nasi Ayam Masam Manis (RM8.90) dan Pasta Keju Pedas (RM7.90).
Pengurus Besar, Makanan Segar & Jaminan Kualiti 7-Eleven Malaysia, Jason Koven berkata, pihaknya telah mengadakan lawatan ke beberapa buah negara seperti Jepun dan Thailand dan mendapati menu-menu yang ditawarkan adalah berdasarkan citarasa orang tempatan dan konsep yang sama juga dibawakan dalam penawaran menu sedia dimakan di Malaysia.
Mengulas lebih lanjut tentang harga yang ditawarkan, Jason menjelaskan terdapat 4 kategori harga dalam menu sedia dimakan yang dibawakan 7CAFé iaitu RM5.90, RM6.90, RM7.90 dan RM8.90 dan terdapat pelbagai pilihan lazat yang telah diolah menggunakan bahan segar tempatan dan berkualiti tinggi sambil mengetengahkan citarasa pilihan Malaysia.
Tambahnya lagi, pihaknya ingin ‘membalas’ kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh komuniti tempatan terhadap 7-Eleven dengan menawarkan menu yang berkualiti pada harga yang mampu milik.
Menu-menu sedia dimakan ini boleh didapati di lebih 700 cawangan 7CAFé oleh 7-Eleven dan rangkaian kedai 7-Eleven terpilih seluruh negara. Apa yang pasti, menu sedia dimakan ini sesuai dan boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
Berikut adalah 12 menu yang diperkenalkan dalam satu majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini :
- Nasi Goreng Belado (RM5.90)
- Nasi Goreng Kampung (RM5.90)
- Nasi Goreng Telur (RM5.90)
- Nasi Ayam Paprik (RM6.90)
- Nasi Ayam Nyonya (RM6.90)
- Nasi Ayam Pad Kra Pao (RM6.90)
- Pasta Budae Jjigae (RM8.90)
- Pasta Keju Pedas (RM8.90)
- Nasi Ayam Kong Pao (RM8.90)
- Nasi Ayam Masam Manis (RM8.90)
- Nasi Ayam Kam Heong (RM8.90)
- Nasi Ayam Kari (RM8.90)