Kalau korang follow Instagram Hanis Zalikha, korang mesti selalu tengok video yang dia muat naik tentang anak-anak dia iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Ya Allah diorang dua comel gila kot.
Bukan hanya kerana kecomelan mereka, tetapi sikap diorang berdua yang dilihat sopan dan tertib dalam berkata-kata walaupun masih kecil lagi buatkan ramai yang kagum. Tengok la betapa bagusnya Hanis Zalikha didik diorang. Memang salute la.
Sedekah permainan lama kepada orang lain
Baru-baru ini, Hanis Zalikha ada muat naik satu IG Story tentang permainan anaknya. Katanya Hanis sudah tetapkan ‘rule’ kepada anak-anaknya yang diorang kena sedekahkan permainan lama kepada orang lain bila dapat permainan baru.
“Kalau ada mainan yang baru, kena donate yang lama. That’s the rule.”
Menurut Hanis, bila dia buat peraturan seperti itu, permainan tak terlalu banyak di rumah dan senang bila nak kemas lepas sudah habis main. Bukan itu sahaja, dengan peraturan itu juga anak-anak dia tak senang-senang nak minta permainan yang baru sebab terfikir nasib permainan yang diorang sayang sebelum ini yang terpaksa bagi kepada orang lain.
“Kids tak senang-senang mintak mainan baru because diorang kena fikir akan nasib mainan-mainan yang diorang sayang.”
Dengan peraturan itu, Hanis berpendapat yang anak-anak akan belajar untuk menghargai barang-barang diorang. Bila nak bagi barang diorang dekat orang lain, biarkan diorang yang pilih mana untuk diberikan sebab diorang lagi tahu permainan yang mana diorang sudah tak main.
“Let them choose the toy they want to donate. Sebab diorang lebih tahu yang mana diorang tak main dah.”
Netizen kagum cara Hanis Zalikha didik anak
Di Twitter, rata-rata netizen kagum dengan cara Hanis Zalikha didik anak-anak dia. Boleh dijadikan role model ni.
Setiap orang ada cara masing-masing nak didik anak-anak diorang. Tapi, benda yang bagus macam ni tak salah kalau kita nak ikut, betul tak?
Sumber: Hanis Zalikha, Taz Jaafar
Baca:“Tegas tapi lembut” – Netizen Puji Cara Hanis dan Hairul Didik Anak, Tapi…