in

“Tolonglah pantau anak2 musim banjir ni” – Viral Aksi Remaja Terjun Dalam Sungai Deras Pada Musim Banjir, Buat Netizen Seriau!

Aksi Berani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti kita semua tahu, menjelang saja hujung tahun musim banjir pasti akan melanda di beberapa negeri di Malaysia seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan beberapa kawasan lain lagi disebabkan hujan yang turun dengan lebatnya sehingga berhari-hari.


Mungkin bagi sesetengah orang, banjir ini nampak tidak bahaya pun malah dianggap seperti pesta air pula, tapi korang janganlah meniru aksi berani mati yang dilakukan oleh sekumpulan remaja yang viral baru-baru ni.

Menerusi perkongsian @Humansicks di Twitter, beberapa orang remaja dilihat dengan senang hati melompat ke dalam air sungai yang deras di sebuah jambatan yang tidak diketahui lokasinya. Fuh dah macam penerjun negara ye min tengok dorang ni. 

Apa yang buat admin dan netizen lain yang melihat video ini seriau ialah cara mereka terjun masuk ke dalam sungai tersebut dari sebuah jambatan dengan gaya berani masing-masing.

Tambah pemilik Twitter tersebut, aksi ini bimbang mendatangkan bahaya yang tak diketahui oleh kerana kualiti air yang kotor ketika musim banjir. Bukan takut lemas je, tapi jugak kena kuman taun ke apa kan. Aiyoo… 

 

“Kadang kan parents dah halang tapi anak ketegaq nak juga main” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang geleng kepala dengan sikap remaja-remaja berkenaan. Ada juga kata, tak semestinya perkara macam ni perlu disalahkan ibu bapa sebab ada saja anak-anak yang degil walaupun sudah ditegur.

Nanti bila dah lemas atau dijangkiti penyakit, ibu bapa juga yang susah kan… 

Cari Nyakit

Aduhai budak-budak zaman sekarang, kalau nak buat sesuatu tu cuba fikir mak ayah dulu. Risau min tengok aksi berani dorang. 

Baca: “Takkan buat lagi” – Gadis Menyesal Buat Prank, Kaki Tersepit Dalam Mesin Pengering Baju Hingga Terpaksa Panggil Bomba

K

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.