in

“Bagi tilam kotor”- Lelaki Depress Dapat Call Dari KKM Suruh Kuarantin Sebab Pergi Wedding Yang Dia Sendiri Tak Tahu

collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Stress tak kalau tiba-tiba korang dapat call cakap kena pergi pusat kuarantin padahal korang tak pernah pergi atau dengar pun nama tempat yang terkesan?

Baru-baru ini, seorang lelaki telah mendapat panggilan telefon dari Jabatan Kesihatan Perak meminta dia untuk pergi ke pusat kuarantin kerana menghadiri kenduri kahwin. Masalahnya dia tak kenal pun siapa yang kahwin tu.


Menurut FMT, lelaki bernama Suchdev Singh Bedi berusia 47 tahun ini telah menghabiskan masanya selama hampir satu hari di pusat kuarantin, Tanjung Rambutan sebelum dia dibenarkan keluar pada hari Selasa (17 November 2020).

Menurut pegawai kesihatan, telah berlaku kesalahan teknikal sehingga Suchdev terpaksa menjalani kuarantin di hostel Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah.

Namun apa yang membuatkan lelaki ini bingung, macam mana namanya boleh masuk dalam senarai tetamu lelaki bernama Paul Raj yang dia tak kenal pun…

Suchdev Singh Bedi 768x480 1

Sebelum ini, Suchdev yang mempunyai masalah kesihatan jantung telah pun menjalani saringan Covid-19 selepas Kelab Diraja Ipoh di mana dia menjadi ahli telah dicemari virus tersebut.

Ekoran itu, dia perlu menjalani kuarantin di rumah sehingga 21 November sebelum tiba-tiba dia mendapat tiga panggilan dari pegawai kesihatan berlainan pada hari yang sama Isnin lalu.

Panggilan pertama yang diterimanya pada pukul 10 pagi adalah berkenaan nasihat kuaratin ekoran kes Kelab Diraja Ipoh.

“Pukul 2 petang seorang lagi pegawai lain telefon saya dan cakap menurut senarai yang dia ada, saya telah menghadiri perkahwinan seorang lelaki bernama Paul Raj, tapi saya tak pergi pun.

“Pukul 5 pulak, pegawai ketiga telefon saya suruh kuarantin di pusat kuarantin di Tanjung Rambutan sebab saya hadiri makan malam perkahwinan tersebut.”

Walaupun saya dah bagitahu saya tak kenal pun nama yang disebut dan saya tengah jalani kuarantin di rumah kerana kes Kelab Ipoh, pegawai tersebut suruh saya pergi sebelum kena tindakan dari pihak polis.”

Suchdev Singh Bedi 1 768x480 1

Untuk mengelakkan masalah, Suchdev akur dan pergi ke Tanjung Rambutan, tapi bila dia sampai sana, dia agak tertekan bila melihat keadaan tempat tersebut yang terurus.

Tilam yang diberikan dalam keadaan yang sangat menyedihkan, tak ada cadar disediakan mahu pun bantal atau selimat. Walaupun lepas tu isteri saya beri dua bantal, selimut dan cadar, saya terpaksa tidur di kerusi kerana keadaan tilam seperti itu.”

Ketika lelaki ini mengadu tentang keadaan tempat tidurnya pada doktor yang bertugas, doktor tersebut juga bersetuju yang ianya tak boleh diterima.

 

Baca: Keupayaan PDRM Menjaga Keselamatan Negara Terbantut, Lebih 10,000 Anggota Dikuarantin Gara-Gara COVID 19

Screenshot 2020 11 19 at 12.39.01 PM

Sumber: FMT
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.