in

“Badan saya juga tidak ada mikrocip” – Najib Tepis Dakwaan Masuk Icu Kerana Vaksin, Sempat Buat Lawak ‘Wolverine’

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah membuat live di Facebook bagi menepis beberapa dakwaan mengatakan yang beliau kini sedang dirawat di ICU selepas menerima suntikan vaksin dua bulan lalu.

Menurut Najib, dia telah menjalani kehidupannya seperti biasa selepas divaksin malah masih boleh bersenam dan bermain FB tanpa sebarang masalah.


Saya bernasib baik sudah terima vaksin dua bulan lalu tetapi saya tahu ada pihak yang sebarkan macam-macam berita kononnya saya mengalami masalah selepas divaksin.

Tidak benar, badan saya juga tidak ada apa-apa mikrocip dan saya tidak menjelma jadi wolverine atau mana-mana mutan.”

Selain ini, Najib turut menyatakan kekecewaannya kerana pendaftaran vaksin masih rendah sekaligus melambatkan sasaran negara untuk mencapai imuniti kelompok.

Yang dah daftar ketika ini hanya 13 juta sahaja, sedangkan rakyat Malaysia ada lebih 30 juta. Ini bermaksud 17 juta tak daftar diri atau sekurang-kurangnya 8 juta penduduk perlu mendaftar untuk negara capai imuniti kelompok.

“Nampaknya jauh lagi kita dari sasaran ini. Kita sudah kesuntukan masa dan berada pada tahap kritikal.”

Najib juga turut menggesa kerajaan untuk mempergiat lagi usaha pemberian vaksin kepada rakyat kerana setakat ini hanya 3 juta penduduk telah menerima dos vaksin pertama.

Kadar vaksinasi wajar ditingkatkan, jika tidak kita akan lihat jangkitan berterusan dan tambahan kluster serta lebih banyak kehilangan nyawa, malah ekonomi juga terus terjejas.”

 

Baca: Tak Scan MySejahtera, Najib Dikompaun RM3k Tapi Kedai Nasi Ayam Kena 10k Sebab…

Screenshot 2021 06 15 At 2.18.41 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.