in

“Badan bertukar hitam”- Pasangan Maut Selepas Makan Jeruk

Ft Food 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Rusia terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga dirinya serta adik lelakinya yang baru berusia setahun selepas ibu bapa mereka dipercayai meninggal dunia selama beberapa hari.


Lebih menyedihkan lagi, kanak-kanak perempuan itu tidak tahu bahawa kedua orang tuanya sudah tiada lagi kerana hanya menyangkakan yang mereka sedang tidur

Pasangan ibu bapanya dipercayai sudah meninggal dunia selama tiga hari dan kematian mereka tidak disedari oleh sesiapa sepanjang waktu itu.

 

Capture 1 11 6

 

Kematian terbongkar

Bagaimanapun tindakan ibu saudara kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Natalia Bakulina, membongkarkan kematian pasangan itu.

Mereka dikatakan tidak hadir ke perjumpaan keluarga.

Kematian itu terbongkar apabila pasangan Alexander dan Viktoria Yakunin tidak hadir pada perjumpaan keluarga yang diadakan.

Natalia yang berasa tidak senang segera menghubungi Alexander, namun panggilan itu dijawab oleh anak perempuannya lapor Mirror UK.

Lebih menyedihkan lagi apabila kanak-kanak itu mengatakan bahawa ibu bapanya sedang tidur selama berhari-hari lamanya dan tubuh bapanya itu sudah mula bertukar menjadi kehitam-hitaman.

Kesiannya, dia tak sedar pun mak ayah dia dah tak ada…

 

Capture 3 1 5

 

Terkejut dengan kenyataan anak saudaranya itu, Natalia terus ke rumah pasangan tersebut sebelum disambut oleh kanak-kanak itu di muka pintu.

Saya meluru masuk dan ternampak semuanya. Saya terduduk dan menjerit

Kedua-dua pasangan itu ditemui maut di atas katil di rumah mereka.

Alexander dipercayai diberikan sebotol jeruk oleh neneknya sehari sebelum kejadian dan polis turut menemui botol jeruk tersebut di dapur dalam keadaan terbuka.

Kematian pasangan tersebut disyaki berpunca daripada keracunan makanan itu dan mengesyaki toksin botulinum daripada jeruk menjadi punca kepada kematian pasangan itu.

Nampak macam biasa kan, lagi-lagi kita ni yang biasa makan jeruk. Tapi hati-hati korang…

 

Baca : Sembilan Sekeluarga Maut Lepas Makan Mi Yang Disimpan Setahun Dalam Peti Sejuk

Capture 9 15

Sumber: VK.com
Sumber: VK.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.