in

“Baca mesej orang cakap tahniah” – Baru 10 Minit Dapat Lesen, Lelaki Terbabas Masuk Sungai Sebab Main Telefon

Accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak masa mula-mula dapat lesen dulu? Excited kan? Yela, lepas ni dah boleh drive sendiri so macam ‘bebas’ dan tak menyusahkan orang kena hantar kita ke mana-mana.

Mesti semangat je nak drive bila dapat lesen tu. Make sure jangan jadi macam lelaki ni pulak! Menurut The Sun, seorang individu bernama Zhang telah terbabas dan masuk ke dalam sungai ketika memandu selepas mendapat lesen.


Car1

Katanya, ketika kejadian Zhang baru je 10 minit dapat lesen dan waktu memandu dia bermain handphone untuk balas mesej kawan-kawan yang ucapkan tahniah.

Ketika sedang melalui jalan yang terletak di bandar Zunyi, Guizhou itu Zhang tidak perasan dua orang tengah berjalan di jambatan. Bila dia alihkan pandangan daripada screen telefon, dia terkejut dan terpusingkan stereng menyebabkan kereta putih yang dipandu jatuh ke dalam sungai.

Car2

Car3

Bagaimanapun, Zhang dilaporkan selamat selepas dia berjaya keluar dari kereta sebelum tenggelam namun mengalami kecederaan di bahu. Katanya,

Ketika sedang memandu, saya ambil telefon dan baca mesej. Ada dua orang sedang berjalan di jambatan depan kereta saya.”

Saya berdebar dan terus terpusing ke kiri.”

Nasib baik kereta itu lambat tenggelam. Saya tak boleh buka pintu sebelah pemandu jadi saya tendang pintu bahagian penumpang. Kalau tidak saya tak berjaya keluar dari situ.”

Car5

Orang awam yang berada di kawasan itu turut membantu Zhang keluar dari sungai dan memberikannya pakain yang kering. Kereta itu juga dilaporkan telah diangkat keluar dari sungai oleh pihak polis.

Tidak dinyatakan apa tindakan undang-undang yang akan dikenakan kepada Zhang namun di China memperuntukkan hukuman maksium buat pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu di mana 2 markah akan dipotong daripada lesen dan denda sebanyak 220 yuan (RM119.96).

Car4

Baca: “Pandai pulak dia putar belit” – Cubaan Ragut Handbag Wanita Tak Kesampaian, Peragut Tak Pasal-pasal Kaki Patah & Terbabas Masuk Longkang

Tergolek Bro

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.