in

Azwan Ali Terkilan Peminat Mahu Dia Cepat Mati, Nasihat Jangan Doakan Keburukan Sesama Manusia

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selebriti dan pengacara sensasi, Azwan Ali berkata dia terasa hati dengan komen segelintir warganet yang mendoakan kecelakaannya ketika dia sakit pada tempoh hari.



Dalam satu temu bual bersama sumber, Azwan Ali dilaporkan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan gara-gara keracunan makanan pada 14 Januari lalu.

Jelas adik kepada Azmin Ali itu, dia mengesyaki keracunan makanan tersebut berpunca daripada burger yang dibelinya di sebuah gerai tepi jalan pada malam hari kejadian.

Photo6170159217709787945 1605613838

Ekoran berita kemasukan pengacara ini ke ICU, segelintir warganet telah menulis komen-komen yang jelik, serta ada yang mendoakan kecelakaan Azwan Ali.

Mengulas lanjut tentang komen tersebut, selebriti berusia 56 tahun itu berkata masyarakat seharusnya dididik dengan budi pekerti dan tidak mendoakan keburukan sesama manusia meskipun mereka membenci individu tersebut.

“Jadilah orang yang mulia. Orang mulia sentiasa mendoakan, minta supaya cepat sembuh. (Bergurau dengan) hal sakit, mati… tak dididik ke? Kalau orang tu sakit, bermusuh macam mana pun pergi melawat dia”, jelas Azwan Ali kepada sumber.

Bagaimanapun, Azwan Ali berkata dia tidak akan berhenti memberi kritikan pedas di media sosial. Sambung Azwan, dia akan menegur jika sesuatu kelihatan tidak betul, dan ianya adalah untuk kebaikan semua.

“Saya dah cakap, saya akan mengamuk sehingga kiamat! Jika ada sebarang kes atau ada orang buat sesuatu yang tidak betul, saya akan tegur. Tapi janganlah cepat melenting kerana saya tegur untuk kebaikan semua”, terang Azwan Ali.

Kredit: mStar

BACA: “Apa hebatnya dia” – Azwan Ali Mahu Polis Penjarakan Neelofa Kerana Langgar SOP

Capture 28

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.