Kebanyakan orang, benda pertama yang akan dorang buat lepas putus cinta adalah untuk padam ribuan gambar bekas kekasih dekat dalam galeri telefon dan media sosial. Yelah, ini adalah salah satu cara untuk move on kan?
Tapi dekat satu kampung di Indonesia ni lain pula, sebagai ganti sambutan patriotik sempena Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos lalu, dorang buat keputusan untuk buat pertandingan “tenung gambar bekas kekasih paling lama”.
Menurut Tribun, salah seorang peserta mengatakan yang pertandingan ini hanyalah sekadar hiburan saja. Disebabkan Covid-19, sambutan kemerdekaan dah tak boleh nak dibuat seperti tahun-tahun lalu, so sebagai ganti dorang buat pertandingan ni.
Apa yang menarik, walaupun pertandingan ni dibuat dengan kawan-kawan rapat, ia telah menjadi perhatian orang sekeliling bila dorang dengan gigihnya buat banner dan sediakan trofi sebagai hadiah untuk pemenang.
Caranya, peserta perlu duduk atas kerusi sambil pegang kertas yang dah dicetak dengan muka bekas kekasih dorang dan tenung lama-lama.
Macam senangkan pertandingan ni? Tapi confirm ramai yang tak sanggup!
Baca: “Bertabah bro!” – Netizen Simpati Lelaki Ini Di Tinggalkan Kekasih Pada Hari Ulang Tahun