in

Ini Antara Kelonggaran SOP Untuk Lembah Klang & Melaka Yang Akan Beralih Ke Fasa 3 PPN Mulai Esok

Collage 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya) serta Melaka akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara menjelang 1 Oktober nanti.


Menurut Utusan, DS Ismail Sabri mengumumkan keputusan ini selepas membuat mencapai persetujuan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang turut membenarkan Kedah untuk beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2.

Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 bagi Kedah, ia bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara.”

Selain dari ini, perdana menteri turut kongsikan yang mesyuarat tersebut turut menetapkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) baharu termasuklah:

114311272 641A486D 51E3 45Ac B7Dc 749Ab9D7B30D

  • Membenarkan majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuk acara perasmian dan bengkel bagi negeri Fasa 2 dan Fasa 3 dengan syarat tetamu telah menerima vaksin lengkap dan kapasiti 50 peratus ruang premis dan 100 peratus kapasiti bagi negeri Fasa 4.
  • Pembukaan sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, TVET dan sebagainya dibenarkan di semua fasa dengan mematuhi SOP yang ditetapkan serta pembukaan institut pengajian tinggi bermula 15 Oktober ini.
  • Penonton atau penyokong dibenarkan hadir ke perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, 3 dan 4 dengan syarat mereka perlu menerima vaksin lengkap, memakai pelitup muka serta tiada aktiviti makan dan minum dibuat.

Selain itu, DS Ismail Sabri turut membangkitkan isu mengenai segelintir individu yang keluar dari kediaman walaupun sedang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) serta menegaskan jika didapati bersalah, tindakan tegas akan dikenakan.

 

Baca: Malaysia Bakal Beralih Ke ‘Fasa Endemik’ Tak Lama Lagi, Apa Maksudnya Tu?

Screenshot 2021 09 30 At 12.14.00 Pm

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.