Keputusan PRU14 merupakan antara perkara bersejarah yang pernah berlaku di Malaysia selepas Barisan Nasional (BN) hanya mampu mengutip 79 kerusi parlimen sahaja daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.
Ekoran keputusan yang corot, Najib yang sebelum ini merupakan Pengerusi BN, dah pun melepaskan jawatannya serta jawatan sebagai Presiden UMNO pada hari Sabtu yang lalu.
![n1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/n1.jpg)
Najib berterima kasih dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia
Najib sempat mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberinya peluang untuk memimpin negara ini. Beliau juga turut meminta maaf untuk kesilapan yang dah dilakukannya sepanjang kepimpinan beliau.
![najib1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/najib1.png)
Bekas PM Australia memuji kepimpinan Najib
![n2](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/n2.jpg)
Dengan kecundangnya PM ke-6, respon yang diberikan rakyat adalah berbeza-beza. Ada yang bersedih dan ada juga yang bersorak gembira. Tapi yang pasti, bekas PM Australia, Tony Abbott pasti akan merindui Najib!
Dalam tweet Abbott baru-baru ni, beliau mengatakan yang Australia akan merindui Najib walaupun pada masa ini, rakyatnya sendiri tidak merasa yang sedemikian.
![aussie1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/aussie1.png)
Najib Razak merupakan rakan baik Australia
![n3](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/n3.jpg)
Dalam tweet yang seterusnya, Abbott mengatakan Najib merupakan rakan baik Australia serta menggambarkan bekas PM Malaysia itu sebagai suara teladan dan bijaksana semasa perhimpunan antarabangsa, lapor Malaysian Digest.
Beliau turut memuji Najib kerana boleh dilihat betapa kuat dan efektif perhubungan antara negara Malaysia dengan Australia sepanjang kepimpinanannya.
![aussie2](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/aussie2.png)
Wah, BFF ni….