in

Atuk Sanggup Jual Rumah Dan Tidur Di Beca Sebab Nak Cucu Sambung Belajar & Jadi Cikgu!

Cucu2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adalah menjadi tanggungjawab bagi seorang atuk ini untuk memastikan cucunya ke menara gading. Sanggup membanting tulang dan melakukan apa sahaja untuk pastikan masa depan cucunya itu cerah termasuklah menjual harta pusaka sendiri.

Menerusi Humans of Bombay, si atuk, Deshraj Ji yang bekerja sebagai penunggang beca menjual rumahnya sendiri untuk memastikan cucunya dapat melanjutkan pendidikan bagi merealisasikan impian cucunya itu untuk menjadi seorang guru.


Kata Deshraj, ayah kepada cucunya itu sudah meninggal dunia pada 6 tahun lepas.

“Anak sulung saya hilang dari rumah. Seminggu kemudian, orang jumpa mayat dia dalam satu beca, umurnya baru sahaja 40 tahun. Sebahagian daripada jiwa saya hilang dan bebanan saya makin bertambah. Boleh dikatakan saya tak ada masa pun nak berkabung. Keesokan harinya, saya kena sambung kerja,” katanya.

Atuk2

Lebih mengharukan lagi, tragedi pilu ini berulang kembali pada 2 tahun selepasnya apabila seorang lagi anak lelakinya ditemui maut akibat bunuh diri.

Disebabkan itu dia terpaksa menanggung bebanan ini seorang diri untuk menyara isteri, menantu dan cucunya.

Selepas selesai upacara pembakaran mayat, cucu saya bertanya kepada saya, ‘Dadaji, adakah saya harus berhenti sekolah?’. Saya mengumpulkan semua keberanian saya dan meyakinkannya, “Jangan! Kamu kena belajar seberapa banyak yang kamu mahukan”

Dia bekerja dalam tempoh yang lama dalam masa sehari, mula keFluar rumah dari jam 6 pagi dan pandu beca sampai tengah malam.

“Hanya dengan itu, saya dapat meraih RS 10,000 (RM566,28) sebulan. Setelah membelanjakan RS 6,000 (RM339.77) untuk yuran sekolah cucu, saya akan tinggal dengan hampir RS 4,000 (RM226.51) untuk sara 7 orang keluarga saya.”

Akibat dari itu, dia akhirnya jarang maan, dan bila isterinya jatuh sakit, dia harus meminta ihsan jiran tetangga untuk hulurkan bantuan bagi membiayai perubatan isterinya itu.

“Apapun, semua ini membuahkan hasil bila tahun lepas, cucu saya beritahu yang dia bahawa mendapat markah 80% dalam peperiksaan, saya sangat teruja! Sepanjang hari, saya memberikan perjalanan percuma kepada semua pelanggan saya. Dia berkata kepada saya, “Dadaji, saya ingin mengikuti kursus B.Ed di Delhi”, “

Atuk

“Nak biaya pendidikannya di kota menjangkau kemampuan saya, tetapi saya harus memenuhi impiannya, walau apa pun. Jadi, saya menjual rumah kami dan membayar yurannya. Kemudian, saya menghantar isteri, menantu dan cucu-cucu saya yang lain ke rumah saudara-mara di kampung kami, sementara saya terus tinggal di Mumbai tanpa bumbung.”

Selepas setahun dia jual rumahnya demi pendidikan cucu, dia tidak menyesal dengan keputusan itu.

Giphy 1

“Sejujurnya, hidup ini tidaklah seteruk mana, saya makan dan tidur di dalam beca, bawa penumpang. Hanya duduk sahaja, dan ia buatkan kaki saya sakit, kemudian cucu saya hubungi saya dan beritahu dia orang pertama sampai ke kelas, semua sakit saya tu dah hilang.”

Giphy 2

Tambahnya, dia begitu teruja untuk melihat cucunya itu menjadi seorang guru.

“Saya boleh peluk dia dan mengatakan bahawa saya bangga dengannya. Dia akan menjadi ahli keluarga pertama yang berpendidikan dalam keluarga kami.”

Kisah atuk ini viral di India, dan netizen membuat sumbangan bagi membela nasib mereka sekeluarga. Hasil sumbangan itu, atuk ini telah meraih RS 2.4 million (RM135,937.19).

 

Baca :“Batuk berdarah, muntah berdarah. kencing berdarah” – Rupanya Ramai Dah ‘Terkena’ Dengan Jus Al-W***yah, Netizen Nak Tahu Siapa Pengasas

Capture 8

Sumber: Scoop Whoop
Sumber: Scoop Whoop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.