Atlet angkat berat India, Mirabai Chanu berjaya meraih pingat perak buat negara itu di Olimpik Tokyo menerusi acara angkat berat wanita 49kg baru-baru ini.
Sejurus tiba di negara itu, Mirabai segera mencari pemandu lori yang pernah membantu beliau pada awal kariernya dahulu. Menurut sumber, pemandu lori tersebut sering membantu dengan menghantar beliau ke pusat latihan tanpa meminta sebarang upah.
Pada awal karier Mirabai, dia tidak mempunyai pengangkutan sendiri untuk ke pusat latihan yang jaraknya lebih dari 25 kilometer. Pemandu-pemandu lori yang pernah membantunya dahulu jelas menyumbang kepada kejayaannya di Olimpik Tokyo.
What a kind gesture by our Olympic medalist @mirabai_chanu
Today she rewarded truck drivers in Imphal who use to give her lift from home to sports academy during her early training days. Her home was more than 25 km from the Academy & there was no means of transport those days. pic.twitter.com/lxmpej8E3m— Rahul Trehan (@imrahultrehan) August 5, 2021
Usaha mencari pemandu-pemandu tersebut berhasil apabila Mirabai berjaya menemui mereka. Dalam satu majlis kecil yang diadakan di rumahnya, Mirabai dan ahli kelurganya memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada pemandu tersebut.
Dalam satu video yang dimuat naik di Youtube, pemenang pingat Olimpik itu tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika memberikan penghargaan kepada pemandu-pemandu lori tersebut.
Meskipun sudah menjadi atlet berkelas dunia, Mirabai Chanu masih menghargai insan-insan yang pernah membantu beliau tatkala susah dahulu. Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran buat kita semua.