in

“At least tiga minggu” – Tok Mat Gesa Kerajaan Segera Laksana ‘Full Lockdown’

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan atau lebih mesra disapa Tok Mat telah meminta kerajaan untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bagi membendung wabak Covid-19 yang makin menular di Malaysia.


Kita perlukan langkah yang terdesak dalam keadaan yang terdesak macam ni.

“Dah jelas kawalan pergerakan kedua dan ketiga tak berkesan.”

Minggu lalu, lebih dari 50 orang telah meninggal setiap hari disebabkan Covid-19 dan dah tiga hari berturut-turut kita telah merekodkan jangkitan harian tertinggi dengan jumlah terbaru sebanyak 7,857 kes semalam.

Tambah Tok Mat, beliau bimbang sistem kesihatan di negara ini akan lumpuh dan vaksinasi juga tak bergerak secepat yang diharapkan serta PKP pertama dah terbukti berkesan untuk membendung wabak ini, lapor FMT.

71605515489 Pkpddikampunghaji

Tok Mat turut memberi negeri Victoria di Australia sebagai contoh apabila mereka cepat-cepat buat full lockdown selama tujuh hari selepas merekodkan 26 kes.

Kita ada lebih banyak kes dan kita sedang bergelut. Kita perlukan lockdown yang lebih baik dan penuh sekurang-kurangnya tiga hari.

Jika kita perlu pinjam wang untuk bantu perniagaan dan rakyat, kita perlu buat.”

Bh 20210125 Aycrnek 4417795

Tak cukup dengan itu, Tok Mat turut menggesa proses semakan dan kelulusan vaksin untuk dipercepatkan.

Kerajaan harus membenarkan sektor swasta mendapatkan bekalan vaksin supaya golongan yang mampu dan bersedia membayar kosnya boleh pergi ke sana.

“Ini akan mempercepatkan proses vaksinasi.”

 

Baca: “Cuba pengaruh pengundi Sabah” – Tok Mat Dakwa Kenyataan DSAI Hanya Gimik

Screenshot 2021 05 28 At 2.05.03 Pm

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.