Seperti yang kita tahu, sejak wabak Covid-19 melanda panggung wayang telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dimana operasi didalam panggung wayang dimana setiap tempat duduk akan diselangkan dengan satu kerusi kosong.
Namun, baru-baru ini di Kemasik, Kuala Terengganu, pihak pengurusan TGV Mesra Mall telah mengumumkan pelaksanaan pengasingan tempat duduk mengikut kategori jantina dan keluarga. Pengasingan ini bermula semalam, 3 September 2020 berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Perlaksanaan ini dilakukan selari dengan garis panduan yang ditetapkan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) bagi industri hiburan seluruh negeri Terengganu.
https://www.facebook.com/154566927905053/posts/3808351512526558/?extid=reRvlXxYc3RW6OA8&d=n
Walau bagaimanapun orang ramai tidak perlu risau kerana perlaksanaan ini hanya akan dikuatkuasakan di lokasi ini sahaja. Pengasingan penonton ini dilakukan mengikut 3 zon yang berbeza.
Tiga zon tersebut ialah zon lelaki untuk semua individu atau kumpulan penonton lelaki sahaja, zon perempuan untuk semua individu atau kumpulan penonton perempuan sahaja dan zon keluarga untuk keluarga, pasangan suami isteri atau mahram.
Namun, tindakan TGV ini, pengumuman ini turut menyebabkan pelbagai pandangan dan reaksi terutamanya dari netizen sendiri.
Pun begitu pihak TGV turut menyertakan bahawa peraturan ini berkuatkuasa hanya kepada untuk Muslim sahaja. So rileks je guys, kita 1Malaysia kan!
Baca: Harga Tiket Kat GSC TGV Esok Cuma RM5 Sampai 29 Julai Ini Untuk Reruns Movie