in

‘Apandi sorok bukti kesalahan 1MDB’ – Tun M

Ptj02 171016 Peguam Negara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebaik sahaja Tun Mahathir dilantik jadi Perdana Menteri, jangan haraplah mereka yang buat kesalahan boleh lari macam tu je. Menurut Malaysiakini, Perdana Menteri kini menegaskan bahawa Mohamad Apandi Ali tak akan lagi jadi Ketua Peguam Negara dalam masa yang agak lama.

Apandi Ali Tabung Haji
sumber: blog

Dalam sesi press conference pagi ini di Kuala Lumpur, Mahathir menuduh Apandi menyorok bukti segala kesalahan yang dah dilakukan. 


“Kita akan melihat apa yang Peguam Negara lakukan. Buat masa sekarang, Peguam Negara telah melemahkan kredibitinya sendiri. 

“Dia juga telah menyembunyikan bukti kesalahan dan ia memang salah dari segi undang-undang,” jelas Tun Mahathir.

Perdana Menteri menjelaskan isu ini kepada wartawan sebagai respon kepada pertanyaan isu skandal 1MDB yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Semoga kepimpinan Tun dapat membongkar lebih banyak lagi isu berkaitan rasuah dan ketidakadilan politik. 

Baca: “Hutang tersembunyi negara RM1 TRILLION” – Tun M

Tunm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.