in

“Apakah puncanya?” – 72 Peratus Pelajar Tidak Mahu Sambung Belajar Lepas SPM

Pelajar Lepas Spm
Gambar Hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, sejak berlakunya pandemik ramai yang kehilangan kerja dan pendapatan mereka terjejas disebabkan itu.

Dalam laporan Berita Harian, Pengarah Bahagian Pembangunan, Produktiviti dan Daya Saing MPC, Mohamad Muzaffar Abdul Hamid, berkata sebuah kaji selidik membabitkan responden berusia berusia 15 hingga 64 tahun dijalankan bagi mengetahui prestasi pencapaian pendidikan rakyat Malaysia.


Universiti Malaya Campus Facebook.jpg.600X400 Q85
Gambar hiasan

Menurutnya, hasil kajian itu sangat membimbangkan apabila sebahagian besar iaitu 72.1 peratus daripada rakyat negara ini memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ia bukan sahaja memberi impak kepada produktiviti negara malah perkara itu juga akan mengurangkan peratusan mereka yang pakar dalam sesebuah industri.

“Berbanding tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, ia mempunyai peluang pekerjaan yang menawarkan upah yang tinggi seterusnya melonjakkan produktiviti serta inovasi.

Apabila daya saing negara tinggi, ini akan memberikan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada rakyat dan kemakmuran bersama,” katanya.

“Kekurangan peluang pekerjaan?” 

Topik ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen, ramai yang memberikan pendapat berbeza tetapi ramai yang merasakan kekurangan peluang pekerjaan menjadi salah satu punca utama ramai yang enggan menyambung pengajian ke peringkat seterusnya selepas SPM.

Mnbv

Apa pendapat korang pula? 

Baca: “Kami bukan robot!” –  Tular Notis Pelajar ‘Sound’ Pensyarah, Netizen Kata Generasi Sekarang Lemah?

Nknkn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.