Tular di media sosial, sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang wanita telah mematahkan pokok di hadapan kawasan rumah.
Menerusi video berdurasi 45 saat itu, dipaparkan sebuah kenderaan jenis Honda HR-V parkir di tepi kawasan perumahan pemilik CCTV.
Kemudian, keluar seorang wanita dari tempat duduk penumpang kereta terbabit sedang menutup dan menggosok pintu bahagian penumpang, dipercayai bimbang pintu kereta bercalar.
Artikel berkaitan: Wanita Terkejut, Halaman Rumah Diguna Oleh Jiran Untuk Tanam Cili Tanpa Minta Izin
Artikel berkaitan: [VIDEO] Jiran Degil ‘Parking’ Merata? Peguam Ini Ajar Cara Macam Mana Nak ‘Settle’
@annzzle Betol ke buat mcm ni? Kesian la pokok ni?? sakit hati saye? @#pokok #podocarpus
Beberapa saat kemudian, wanita itu mematahkan pokok itu dengan memijak bahagian batang bawah pokok.
Manakala pemandu yang merupakan seorang lelaki hanya datang menghampiri untuk melihat, kemudian berlalu begitu sahaja.
Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang pada Khamis lalu (1 Februari). Namun, tidak dapat dipastikan di manakah kejadian itu berlaku.
Rakaman CCTV daripada rumah mangsa itu telah mengundang rasa kurang senang netizen, rata-ratanyan tidak bersetuju dengan tindakan wanita tersebut.
Netizen juga mempertikaikan tindakan wanita terbabit yang sanggup mematahkan pokok itu seolah-olah tanaman itu yang mengganggu mereka untuk meletakkan kenderaan di situ.
Pun begitu, ada netizen tidak bersetuju pokok ditanam di tepi jalan kawasan perumahan kerana bimbang sekiranya tumbuhan membesar nanti boleh menyebabkan kecelakaan.

Hmm boleh kot parkir jauh sikit atau minta kebenaran daripada pemilik rumah untuk parkir di kawasan mereka?
Sumber: TikTok
