in

Apa Punca Will Smith Lempang Chris Rock? Ini Gejala Alopecia Yang Korang Kena Tahu…

Page Will Smith

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh insiden pelakon terkenal Will Smith yang naik ke pentas Anugerah Akademi atau Oscars dan lempang pelawak Chris Rock kerana menyamakan isterinya, Jada Smith dengan watak G.I Jane.

Ini kerana penampilan Jada Smith yang botak dijadikan bahan jenaka oleh Chris semasa dia menjadi penyampai anugerah. Mesti ramai yang tertanya-tanya kan, apa punca insiden tersebut berlaku? Lagi-lagi dalam anugerah yang berprestij dan disiarkan secara langsung di TV.


Menurut K! Online, Jada Smith membuat keputusan dengan membotakkan kepalanya kerana difahamkan dia mengidap gejala Alopecia Areata sejak 2018 yang mana menyebabkan dirinya mengalami keguguran rambut yang terlampau.

Kalau korang nak tahu, gejala ini merupakan penyakit autoimun yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami beberapa gejala secara fizikal. Haa, jom kita tengok satu per satu apa simptom Alopecia ni…

1. Alami tompok botak kecil

Antara simptom fizikal yang ketara dan paling mudah untuk dikesan adalah apabila seseorang penghidap itu mengalami tompok botak kecil dan menjadi semakin teruk sehingga merebak ke seluruh kulit kepala.

Jada 1

2. Rambut gugur dalam masa singkat

Apabila mengalami masalah tompok botak di kepala, itu akan mendorong kepada keguguran rambut yang melampau dalam masa yang singkat tambah-tambah lagi ketika dalam cuaca yang sejuk. Malah, ia juga akan menyerang bahagian lain di tubuh badan yang turut mempunyai helaian bulu atau rambut.

Featured Image Rambut Gugur

 

3. Kuku jari merah, rapuh & berlubang

Selain itu, penghidap penyakit kulit ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kemerahan di bahagian kuku, rapuh dan mudah berlubang kerana gejala ini akan menyebabkan gangguan kitaran darah dalam badan dan merosakkan folikel badan.

Kuku 1

Cara untuk mengubati gejala Alopecia

Pun begitu, gejala ini boleh dirawat sekiranya mendapat rawatan yang betul dan konsisten menjaga diri dari sebarang perkara yang menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk.

Pesakit yang mengalami gejala Alopecia ini boleh mendapatkan rawatan dengan pakar dermatologis dan mengenakan ubat yang bersesuaian.

Dt 150302 Doctor Patient Sad Comforting 800X600

Bukan itu saja, penggunaan bahan penjagaan rambut juga harus diberi pengawasan yang teliti agar tidak mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala.

Harapnya dengan perkongsian ni, kita sama-sama ambil pengajaran untuk jangan sesuka hati jadikan kekurangan fizikal seseorang sebagai bahan lawak okay?

Sumber: K! Online, Halodoc, Medical News Today, Alodokter

Baca: Isu Lempang Chris Rock, Anugerah Will Smith Mungkin Ditarik Balik?

Fi Will

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.