in

“Apa masalah dia?” – Tular Video Lelaki Hayun Pedang Samurai Di Tempat Awam

Untitled Design 2022 03 15T112204.888

Memiliki senjata atau peralatan tajam mungkin ada banyak kegunaannya, tetapi bila disalah guna ia boleh memakan diri.

Seperti yang terjadi di Singapura baru-baru ini, tular video seorang lelaki menghayunkan pedang samurai di tempat awam, lalu mengacu pedang tersebut kepada orang ramai dan kereta yang sedang lalu-lalang.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian tank top berwarna gelap dan berseluar panjang berjalan di tengah jalan dua lorong dan menghampiri sebuah kereta putih yang tidak bergerak dengan mengacukan sebilah pedang samurai.

Menerusi laporan Today Singapore, difahamkan lelaki tersebut telah merosakkan sekurang-kurangnya tiga kereta di luar pusat beli-belah Dataran Buangkok, Singapura dan dua orang awam, serta lelaki itu juga mengalami kecederaan ringan, menurut polis.

Angkatan Pertahanan Awam Singapura dalam laporan yang sama memberitahu, tanpa menjelaskan secara terperinci, dimana seorang individu telah dibawa ke Hospital Besar Sengkang kerana mengalami kecederaan ringan.

Dua lagi orang awam turut dikatakan mengalami kecederaan ringan, tetapi mereka enggan dihantar ke hospital.

Polis bertindak terhadap kejadian itu kira-kira jam 1.55 tengah hari semalam dan telah menahan lelaki tersebut kerana ugutan jenayah serta memiliki senjata serangan, pedang itu turut dirampas sebagai bahan bukti.

Menurut pihak polis, setakat ini siasatan atas kes tersebut masih lagi dijalankan.

Seram eh!

Baca: “Takut dia kena sunat kali kedua!” – [VIDEO] Isteri Serang Suami Dengan Pedang Samurai Sebab Mengaku Single!

Untitled Design 2022 03 15T111746.954