in

“Takut dia kena sunat kali kedua” – [VIDEO] Isteri Serang Suami Dengan Pedang Samurai Sebab Mengaku Single!

Serang Suami Indo

Viral di Instagram seorang wanita mengamuk dan menyerang suaminya di sebuah warung dengan membawa senjata ala pedang samurai.

Menurut portal di Indonesia, wanita terbabit naik angin selepas suaminya didakwa bertindak keterlaluan kerana tidak berterus terang tentang status perkahwinan mereka, sebaliknya mengaku masih single!

Mbak5

Mbak4
sumber: instagram

Dalam video tersebut, wanita terbabit dilihat sangat marah dan tidak terkawal sambil memegang dan mengacukan senjata ke arah suami serta orang lain di situ.

Malah, pekerja warung itu juga dikatakan sudah cuba menenangkan namun tidak berhasil dan pelanggan lain di situ boleh didengari berkata,

Mbak, mbak, mbak…istighfar, istighfar.”

Apa yang membuatkan wanita itu lagi marah, suaminya dipanggil untuk pulang namun enggan menurut kehendaknya kerana mungkin takut diapa-apakan dengan senjata dipegang itu.

Mbak6

Mbak8
sumber: instagram

Suaminya boleh dilihat menjauhkan diri darinya dan terpusing-pusing di kedai kerana tidak mahu berada dekat dengan senjata itu. Salah seorang netizen di Instagram sempat berkongsi kronologi insiden itu tapi tertanya jika ada saksi yang tampil untuk menjelaskan hal sebenar.

Jadi ibu tersebut tidak sengaja melihat suami makan di warung dengan wanita lain. Lalu dibawain lah golok ke warung tersebut. Pertanyaannya siapa yang ada disitu pada saat kejadian yang bisa menjelaskan kejadian sebenarnya??”

Ramai komen dekat posting video tersebut dengan rata-ratanya mentertawakan lelaki tersebut kerana baru tahu erti takut bila isteri dah naik angin.

Komen Indo
sumber: instagram

Tidak pasti di kawasan mana kejadian itu berlaku, bila ia berlaku dan apa pengakhirannya namun video itu masih viral dan hangat diperkatakan sejak dimuat naik 2 hari lepas.

Kenapa admin nampak senjata tu macam pedang mainan Star Wars?

Baca: “Kantoi busuk je” – Pesakit Coronavirus Takut Nak Report Travel History Sebab Tak Nak Bini Tahu Ada Perempuan Lain

Wuhan2 3