Sejak Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan tentang kuarantin dipendekkan kepada 3 hari bagi menteri yang masuk dari luar negara, isu itu hangat diperkatakan di media sosial. Sehingga kini, isu itu masih menjadi topik bualan netizen sehinggakan ianya dilabel ‘kuarantin dua darjat’.
Ramai yang berasa marah dengan beliau kerana melaksanakan perintah kuarantin 3 hari itu dan netizen turut mewujudkan hashtag #AdhamBabaLetakJawatan sebagai tanda meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati.
Tidak terlepas daripada menyatakan luahan hati, seorang doktor pakar yang sememangnya dikenali di media sosial, Dr Rafidah Abdullah.
“With power, comes great responsibility”
Menerusi Twitter, Dr Rafidah telah menulis luahan hatinya yang khas ditujukan kepada Menteri Kesihatan itu. Katanya, Adham Baba seharusnya lebih fokus dengan apa yang paling penting buat seluruh rakyat Malaysia.
“Salam, yang amat saya hormati Datuk Seri Dr Adham Baba.”
“Dengan merendah diri, saya amat berharap agar Dato Sri boleh membuat keputusan hanya berdasarkan fakta sains. With power, comes great responsibility (Dengan kuasa, datangnya tanggungjawab yang besar). My wish is that you focus on what is most important to us. (Harapan saya anda fokus dengan apa yang paling penting untuk kita).”
Kenapa selektif? Apa kata kurangkan jurang darjat…
Dr Rafidah turut mempersoalkan mengapa beliau memilih dalam soal pengurangan kuarantin tersebut. Malah, dia turut mencadangkan agar pelaksanaan itu dibuat untuk semua dan mengikut SOP.
Selain itu, Dr Rafidah turut berkata tidak wujud istilah dua darjat dalam kalangan petugas kesihatan kerana mereka berkhidmat atas dasar profesional.
Cuma sedikit cadangan kepada Dato Sri; daripada menggunakan kuasa untuk menjarakkan darjat sedia ada, apa kata Dato Sri mengurangkan jurang "darjat" antara pegawai-pegawai KKM. Kami tidak praktis darjat2 sebegini. Kami hanya pegawai professional. Semua dilayan sama rata.
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 10, 2021
Tidak perlulah kita gunakan kuasa untuk diri, keluarga dan kawan2 sendiri; gunalah ianya untuk memanfaatkan agama, bangsa dan negara.
Saya berharapan besar kesemua pegawai2 yang bekerja keras ini diberikan lantikan tetap secepat mungkin.
Hanya sekadar luahan pegawai bawahan🙏
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 10, 2021