Tak semua orang sukakan haiwan, ada yang takut dengan anjing mahu pun kucing atau tak suka bila ada haiwan berkeliaran dalam kawasan rumah dorang.
Tapi, ini bukan alasan untuk cederakan haiwan-haiwan ni malah sampai membunuh.
Baru-baru ini Persatuan Haiwan Malaysia telah memuat naik gambar seekor kucing yang ditembak mati oleh pistol angin seorang warga emas di Kota Bharu, Kelantan.
Dalam perkongsian ini, persatuan tersebut memberitahu bahawa lelaki warga emas itu tak puas hati kerana kucing peliharaan jirannya sering masuk ke dalam rumahnya.
Benci terhadap kucing yang dipelihara Jiran kerana mendakwa kucing sering lalu dan berehat halaman rumahnya. Lelaki Melayu berusia 70 tahun tembak kucing guna pistol angin hingga mati.”
Lelaki warga emas berusia 70 tahun ini merupakan jiran terdekat pemilik kucing tersebut.
Kalau korang nak tahu, ni bukan kes pertama tau yang berlaku dekat Kelantan. Sebelum ini beberapa siri pembunuhan kucing menggunakan pistol angin ini pernah dilaporkan.
Antaranya, di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu Kelantan, dua tembakan kucing telah dilaporkan pada 1 dan 17 Ogos lalu. Seekor kucing mati manakala seekor lagi cedera parah di kepala. Allahu apa yang kejam sangat ni?
Bukan tu je, pistol angin juga merupakan senjata merbahaya yang boleh meragut nyawa manusia lebih-lebih lagi kanak-kanak kalau tersalah guna.
Sekarang ini, Persatuan Haiwan Malaysia sedang menunggu laporan rasmi dari pemilik kucing tersebut bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki zalim itu.