Setiap pasangan pasti ada cara berkomunikasi dorang sendiri. Mungkin kadang-kadang cara tu macam tak sedap mata memandang atau telinga mendengar bagi orang luar.
Ini apa yang berlaku pada pasangan suami isteri ini dalam video yang viral di TikTok. Percakapan kasar lelaki ini telah mengundang kecaman dari netizen.
Dalam video yang dimuat naik oleh @nhytie.h ini, dapat dilihat wanita ini telah memesan air di Starbucks tanpa memberitahu suaminya harga sebenar air tersebut kerana ingin melihat reaksi suaminya.
“Apa benda s*al air sampai 30 ringgit?”
Ketika barista di tingkap drive-thru memberitahu harga air yang dipesan itu berharga hampir RM30, suami ini telah memberikan jelingan maut ke arah isterinya sebelum membayar.
Wanita tersebut tersebut hanya tergelak besar melihat reaksi suaminya itu. Tak cukup dengan itu, lelaki ini turut memaki hamun isterinya kerana memesan air yang dirasakan terlalu mahal.
@nhytie.h Da lama tak scam laki sndiri 🤣 HAHAHAHA
Video yang telah mendapat tontonan lebih 400k ini malangnya telah disalah anggap oleh netizen yang rata-ratanya tak setuju dengan cara lelaki ini bercakap dengan isterinya. Ada juga yang meminta agar lelaki ini tak berkira dengan isterinya.
Ekoran kecaman yang diterima ini, suami kepada wanita ini telah pun meninggalkan komen di video tersebut dan menjelaskan perkara sebenar.
Hai, sayalah suami yang mulut puaka tu. Tak rilek ekk. Kami biasa dah bila keluar berdua macam ni lah jadi. Cool ya, hari-hari sweet boringlah.”
Ok, korang semua bawak bertenang ya? Dah kalau cara dorang bercakap memang macamtu nak buat macam mana. Lainlah bila dah kena maki macam tu isteri dia menangis teresak-esak. Ni bini dia pun relax je gelak-gelak.