“Antara benda aku suka tengok kat Laz*da ialah ilmu sihir online”- Lelaki Kongsi Produk Sihir Yang Dijual Dalam Talian

Sekarang ni kita boleh tengok ramai antara kita yang beralih ke ‘dalam talian’ atau online untuk membeli barang, especially faktor harga yang lebih murah dan memudahkan.

Banyak laman shopping online sekarang ni yang memudahkan orang ramai untuk mencari barang keperluan mereka, dari alatan mandi, pakaian, perabot dan banyak lagi.

 

Antara benda aku suka tgk kat laz*da ialah ilmu sihir online. Mcm2 produk dan cara2 sihir ada di jual.Mahal weiiiii….

Namun perkongsian lelaki ini di facebook mengenai shopping online sedikit berbeza dan ‘mistik’.

Antara benda aku suka tgk kat lazada ialah ilmu sihir online. Mcm2 produk dan cara2 sihir ada di jual.Mahal weiiiii….

Posted by Alkunta Alkinte Alkentu on Sunday, August 11, 2019

Ini antara produk-produk ‘sihir’ yang dijual melalui laman shopping online tersebut.

  • Minyak Pengasihan Cinta Untuk Gambar
  • Ilmu Kedukunan (ebook)
  • Minyak Cenuai 7 Purnama Limited Edition
  • Minyak Pengasih dan Pemikat Buluh Perindu Original

…dan banyak lagi, siap bagitau apakah keistimewaan minyak-minyak tersebut lagi.

So, admin pun jalankan lah sedikit ‘kajian’ ke atas laman shopping tersebut, nak tengok produk apa lagi yang dijual. So ini antara apa yang admin dapat.

 

Minyak Dagu Memikat Wanita…

Minyak Maharajalela Pengasih & Rezeki + Percuma Loket Pelaris…

Minyak Pelaris Mani Gajah…

Minyak Pendinding Diri Dari Gangguan Sihir…

Actually ada banyak lagi kalau korang pandai cari, cuma admin terfikir mesti ada demand terhadap minyak-minyak ni kan?

Malah minyak ‘sihir’ tersebut dijual bukanlah murah meskipun dalam jumlah yang sedikit.

 

Uishh tak sangka!

Baca : Budak Bersilat, Nenek Kebayan  Peluk Pocong: Gadis Kongsikan Pengalaman Seram Malam Keliwon

 

 

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.