in

Anjing Ditinggalkan Tepi Jalan Setia Tunggu Tuan Kembali, Diserang Anjing Jalanan Waktu Malam

Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Anjing Ditinggalkan Tepi Jalan Setia Tunggu Tuan Kembali, Diserang Anjing Jalanan Waktu Malam
Loading
/

Tak faham betul masalah orang yang dera binatang ni!


Beberapa hari lalu, seekor anjing dengan reaksi muka yang begitu sedih dijumpai oleh orang awam di tepi jalan. Mereka mempunyai firasat bahawa anjing itu telah ditinggalkan oleh tuannya. Eh sampai hati!

Menurut World of Buzz, anjing berusia 2 tahun berwarna coklat itu mempunyai kolar di lehernya dan dijumpai di Taman Bukit Mas di Taiping, Perak.

Anjing itu dibiarkan di tepi jalan dan diletakkan tepi tiang elektrik sambil melihat setiap kereta yang lalu lalang di situ selama tiga hari. Sudah semestinya dia mengharapkan tuannya kembali dan membawanya pulang. Namun, apa yang diharapkan masih tidak berlaku meskipun netizen sudah berkongsi tentangnya di media sosial.

Anjing1
sumber: facebook
Anjing2
sumber: facebook

Selepas berjemur di cuaca panas terik dan hujan, anjing ini menjadi penat dan tertekan. Disebabkan itu, emosinya tidak stabil sehingga di menyalak kepada sesiapa sahaja yang cuba mendekatinya.

Anjing3
sumber: facebook

Keadaan bertambah teruk apabila ada penduduk tempatan berkata anjing tersebut diserang oleh beberapa ekor anjing jalanan pada waktu malam. Anjing itu dilaporkan menerima gangguan secara mental dan fizikal. Namun, dia masih enggan bergerak kerana masih berharap tuannya akan kembali mengambilnya.

Ramai penduduk setempat prihatin dengan keadaannya telah meletakkan bekas berisi air dan makanan. Ada juga yang membentangkan surat khabar supaya dia dapat duduk dan baring dengan lapik kerana tidak mahu badannya direhatkan di atas jalan raya yang panas pada waktu siang.

Risau dengan keadaan kesihatan dan keselamatannya, para pencinta haiwan berusaha untuk menempatkannya di tempat yang lebih selamat. Bagaimanapun, dia terlampau takut untuk didekati.

Semalam, seorang netizen bernama Andy Tan menghantar beberapa video menunjukkan anjing itu sudah diambil. Menurut Andy, rakannya telah pergi ke lokasi tersebut dan kini haiwan itu berada di bawah jagaanya. Syukur ada orang baik macam ni!

Kini anjing itu sudah pun memiliki pemilik yang baru!

Tengoklah betapa setianya seekor anjing pada pemilik mereka. Semoga dia gembira dan diberikan penuh perhatian oleh pemilik baru!

Anjing6
sumber: facebook
Anjing7
sumber: facebook

Baca: Anjing Berpanas, Berhujan Tunggu Tuan Depan Rumah Tanpa Menyedari Dia Ditinggalkan

Tinggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.