Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan latar belakang agama yang berbeza.
Kalau korang perasan waktu bulan puasa ini, golongan bukan beragama Islam akan prihatin dengan rakan-rakan Muslim mereka yang sedang berpuasa. Sampai ada yang sanggup makan sorok-sorok kerana menghormati orang berpuasa. Kita pula yang sebersalah tau.
Tapi, baru-baru ini viral satu video ada sorang individu bukan Muslim dia makan di tempat awam sambil letak IC dekat atas meja. Aik, dah kenapa pula tu?
Dah lapar sangat
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik semalam oleh nick_sohide di Tiktok, dia cerita yang dia ajak kawannya yang bukan Muslim untuk teman beli barang. Lepas beli barang, diorang duduk dekat kedai Subway sambil tunggu waktu berbuka.
Tapi, kawan dia yang bukan Muslim itu memang dah tak tahan lapar sangat, so, dia pun makan dulu di Subway itu tapi dengan perasaan takut-takut. Memang kelakar weh! Bukan apa, dia takut orang tuduh dia tak puasa sebab muka dia kalau sekali tengok memang macam muka orang Melayu.
Lelaki bukan Muslim itu sudah siap-siap letak kad pengenalan dia atas meja makan sebab takut kalau ada orang datang dan tiba-tiba tuduh dia tak puasa. Tak pasal-pasal pula kena tuduh.
@nick_sohide Si kawan!……
Video yang dikongsikan ini mendapat hampir 600 ribu tontonan dengan lebih 40 ribu likes dan lebih 500 share oleh pengguna Tiktok.
Macam tengah jawab SPM
Kalau korang tengok di ruangan komen video itu, memang macam-macam komen yang netizen tulis. Siap ada yang cakap lelaki itu macam nak jawab SPM sebab SPM dulu pun kena letak kad pengenalan atas meja juga.
Maklum la sekarang ni musim viral. Salah buat sikit orang terus viralkan. Kena siasat dulu okay sebelum viral kan tu.
Sumber: nick_sohide