in

Anggota Polis Disiasat Lepas Didakwa Salahkan Gadis ‘Cosplayer’ Jadi Punca Diganggu Lelaki

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid mengesahkan yang pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas salah seorang anggotanya atas pelanggaran disiplin.

Ini adalah susulan dakwaan seorang gadis yang mengatakan dia telah disalahkan ketika membuat laporan polis mengenai kes gangguan yang dialaminya ketika menghadiri AnimeFest di salah sebuah pusat membeli belah.


Menurut Fakhruddin, insiden tersebut dikatakan berlaku di Balai Polis Kelana Jaya pada hari Isnin lalu, lapor The Vibes.

Siasatan tegas akan diambil ke atas mana-mana anggota yang didapati terlibat dalam insiden tersebut. Pihak polis akan sentiasa memberikan servis dan layanan yang baik kepada masyarakat.”

Sebelum ini, seorang gadis telah memuat naik posting di Twitter mengatakan yang dia telah pergi membuat laporan polis dengan memakai kostum hingga menyebabkan anggota polis yang mengambil laporan didakwa mengeluarkan kata-kata seperti menyalahkannya.

You pakai macam ini, jual gambar macam ini, ini adalah consequences you; you pun juga salah.”

Dikatakan juga, anggota tersebut turut mempersoalkan umur mangsa dan meminta agar gadis tersebut menilai semula pekerjaan yang dipilihnya.

Balik sekolah lah, kenapa you buat perkara yang tak macam2 ni. You model dalam agency ke? Kalau bukan, jangan buat.”

Harap-harap orang yang kacau dia pun cepat-cepat diambil tindakan. Kesian betul…

 

Baca: “The power of makeup” – Cantik Persis Watak Anime, ‘Cosplayer’ Ini Sebenarnya Lelaki Berusia 30 TahunFeature 4 1 E1615608658110.Jpg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.