Setiap wanita pasti mempunyai impian untuk berkahwin dengan lelaki yang mampu menunaikan kewajipan sebagai seorang suami.
Tidak dinafikan, ada wanita yang mahukan calon suami kaya atau bergaji besar agar mendapat kehidupan lebih selesa, terutama dengan cabaran ekonomi masa kini.
Namun, ada juga yang melihat dari sudut pandangan berbeza mengenai hal pendapatan yang diraih oleh bakal suami seperti pandangan amoi ini.
Artikel berkaitan: “Tak penting berapa jumlah gaji” – Ramai Terpesona Dengar Jawapan Gadis Rusia Mahu Lelaki Bergaji RM2.3K
Artikel berkaitan: Isu Wanita Pilih Lelaki Gaji RM9K, Individu Tegur Orang Ramai Tak Perlu ‘Triggered’ Sebab…
Satu video tular di media sosial, di mana seorang gadis berbangsa cina menyatakan dia tidak kisah tentang pendapatan bakal suaminya.
Dalam video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @yoofriends, gadis cina itu berkata, dia akan memilih calon suami yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.
@yoofriends Lepasni cari amoi je la 🥹 #cinabukit #gaji #expectedsalary #amoi
Katanya, dia membuat pemilihan seperti itu kerana memahami kebanyakan kaum lelaki tidak mempunyai gaji yang tinggi.
“Saya tak kisah. Asalkan dia mampu tanggung komitmen bersama, okay la.”
Ditanya mengenai lingkungan anggaran gaji bulanan bakal suaminya, gadis cina itu menjawab sekitar RM2,000 ke RM3,000 sudah memadai.
“Saya faham bukan senang bagi lelaki untuk mempunyai gaji yang banyak, jadi saya dapat menolong dia sampailah dia mempunyai pendapatan yang stabil,” katanya.
Perkongsian video itu telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya terutama pengguna lelaki begitu teruja mendengar jawapan yang diberikan gadis itu.
Bukan itu sahaja, ada juga yang membandingkan gadis itu dengan segelintir wanita di luar sana yang demand bakal suami bergaji tinggi.
Kemain masing-masing ya… Apa pun, yang penting kena sekufulah bab kahwin ni…
Sumber: TikTok