Kita sering kali dengar orang cakap, kita perlu lah sentiasa berfikiran positif. Tapi, berfikiran positif 24 jam sehari pun penat juga kan.
Oleh sebab itu lah, ada sebuah kafe di Tokyo, Jepun ini dibuka khas untuk individu yang berfikiran negatif atau bersikap pesimis.
Memetik laporan Oddity Central, pemilik kafe yang dinamakan Mori Ouchi itu mengatakan bahawa dia ingin membuka kafe dengan konsep sebegitu sejak 10 tahun lalu namun impiannya hanya menjadi kenyataan tiga tahun lalu apabila kafe itu dibuka ketika pandemik COVID-19.
Menurut pemilik kafe itu, dia merasakan orang-orang yang berfikiran negatif selalunya lebih sensitif dan lebih mudah terasa jika dibandingkan dengan orang lain, jadi dia membuka kafe itu untuk memberi ruang yang selamat untuk golongan tersebut.
Artikel Berkaitan: “Mana la dorang dapat idea ni?”- Ini 7 Restoran Dengan Konsep Paling Aneh Di Dunia
Artikel Berkaitan: Khas Untuk Peminat Kucing! Anda Boleh Menginap Di Hostel Ini Sambil Ditemani Si Bulus
Rekaan dalaman kafe itu juga cantik dan nampak nyaman serta selesa. Difahamkan, ia telah dihias dan direka sendiri oleh pemilik kafe tersebut.
Lagi menarik, kafe itu juga mempunyai bilik peribadi agar pelanggan boleh duduk bersendirian tanpa risau jika direnung oleh pelanggan lain.
Sumber: Oddity Central, SoraNews24