in

Anak Tetak Kepala Ibu Dengan Pisau Pemotong Daging Sebab Berang Disuruh Tutup Suis Lampu

Aa 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Rumahku syurgaku’, itulah perumpamaan bagi menggambarkan rumah sebagai tempat yang indah dan selamat bagi sesebuah keluarga.


Namun siapa sangka keindahan itu bertukar tragedi ngeri apabila seorang anak sanggup mencederakan ibunya sendiri di rumah.

Kejadian sadis ini telah berlaku semalam di sebuah sebuah flat di Butterworth, Pulau Pinang apabila seorang ibu ditetak oleh anaknya hanya kerana disuruh untuk menutup suis lampu.

Menerusi laporan Astro Awani, mangsa yang berusia 67 tahun sedang mengemas rumah. Kemudian dia melihat lampu bilik anaknya menyala lalu menyuruh anaknya menutup lampu.

A1 3

Suspek berumur 42 tahun yang sedang tidur dikatakan berang dengan arahan tersebut lalu meluru ke dapur untuk mengambil pisau pemotong daging.

Ketua polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP HJ. Noorzainy bin Hj Mohd Noor melaporkan, suspek yang tidak dapat mengawal kemarahan telah menetak mangsa sehingga cedera parah di tangan dan kepala.

A2 3 A3 2

Mangsa yang tercedera sempat meminta bantuan jiran sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan.

Hasil siasatan mendapati anaknya mempunyai tujuh rekod jenayah lampau termasuk lima rekod dadah dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Metamfetamin .

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kalau bangun tutup lampu je dah settle masalah. Harap lepas ni takde lagi kes macam ni berulang.

 

Baca: “Arwah ibu suruh bakar” – Remaja OKU 14 Tahun Bakar Rumah Nenek, Dakwa Nampak Bayangan Ibu Yang Suruh Bakar

A 3 4

Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.