Ibu kepada pelajar perempuan yang berusia 16 tahun maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada Selasa lepas telah meluahkan perasaannya menerusi satu hantaran di Facebook semalam.
Menurut wanita itu, dia sangat merindu anaknya yang pergi dalam keadaaan tragis itu dan menyifatkan mangsa sebagai seorang yang penyayang serta baik hati dan tidak pernah membuat keluarga berasa risau.
Semua yang membaca berita atau surat khabar semestinya tahu anak perempuan saya dengan malangnya telah dibunuh.
“Dia seorang anak yang sangat penyayang, baik hati dan anak yang berdisiplin. Sejak kecil, dia tidak pernah membuat kami susah hati. Dia sentiasa mengambil berat terhadap ibu bapa dan orang lain dan tidak pernah meminta apa-apa daripada kami,” kata ibu mangsa.
Artikel berkaitan: Kes T*kam Pelajar Di Bandar Utama, Ini Kronologi Penuh Kejadian Tragis Tersebut
Artikel berkaitan: T*kam Pelajar: Nota Tulisan Tangan ‘I have won’, ‘This world is fake’ Ditemui Pada Suspek
Namun tidak wanita ini sangka, anaknya yang sebaik itu ditimpa tragedi yang begitu tragis. Dalam hantarannya itu juga, ibu ini meluahkan rasa sedih atas apa yang terjadi.
Anak seindah itu, namun ditimpa nasib yang begitu kejam. Saya benar-benar kehilangan kata-kata, hati saya amat sakit.
“Semoga dia berada dalam keadaan baik di dunia lain, semoga rohnya tenang dan bahagia. Ibu akan sentiasa menyayangimu dan merindui kamu, selalu,” katanya.
Dalam pada itu, wanita ini juga menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada semua kenalan yang prihatin dengan apa yang berlaku dan doa yang disampaikan. Dikongsikan juga butiran mengenai majlis pengebumian dan upacara persemadian yang akan diadakan pada Isnin ini.
Terdahulu, kira-kira jam 9.10 pagi pada Selasa, mangsa yang berusia 16 tahun dilaporkan ditemui dalam keadaan berlumuran darah akibat kecederaan dengan beberapa kesan tikaman pada badan.
Menurut pihak polis, mereka telah menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selain merampas dua senjata tajam yang berada di lokasi kejadian.
Sumber: Kosmo