in

“Anak pun ada perasaan, ada penat” – Ustazah Asma’ Harun Perjelas Pasal Isi Hati Anak Kepada Ibu

ft kesabaran anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan menghormati ibu bapa kita adalah satu kewajipan kita sebagai anak, bagaimanapun tipulah sebagai manusia pasti tahap kesabaran akan teruji jika melibatkan sesuatu perkara.

Namun, mengingatkan diri sebagai anak, pasti tak sanggup nak lepaskan apa yang terpendam kerana tak nak diri ini dilabel sebagai anak derhaka.


Artikel Berkaitan : Tular Video Ibu Merintih Anak Derhaka, Polis Panggil Saksi Yang Terlibat

Artikel Berkaitan : “Henti stereotype anak derhaka” – [VIDEO] Lelaki Kongsi Suasana Sebenar Rumah Orang Tua, Nampak Macam Best!

Jadi, sakit atau geram dengan ibu bapa sendiri, kita sebagai anak hanya mampu pendam. Oleh itu, melihat video yang dikongsikan oleh Ustazah Asma’ Harun ini ibarat wakil buat kita sebagai anak untuk meluahkan apa yang terpendam di dalam hati demi menyedarkan para ibu bapa.

Dalam video tersebut, Ustazah Asma’ Harun menyatakan bahawa sabar anak ini jarang dilihat dan jarang juga dihargai.

“Bukan ibu bapa je sabar dengan anak, anak pun banyak sabar dengan ibu bapa, anak pun ada perasaan anak pun ada penat, anak ada harapan terhadap ibu ayah.”

Jelas beliau lagi, seandainya ibu bapa ada harapan terhadap anak tapi tidak dapat ditunaikan, pastinya si ibu bapa akan mengeluh kepada anaknya.

Namun, untuk anak, pastinya mereka tidak berani untuk berkata sedemikian, jadi jelasnya pentingnya kesabaran sesama keluarga kerana setiap keluarga, kesabaran mereka akan diuji oleh masalah yang dihadapi di sekeliling mereka.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.