in

Anak Penunggang Ducati Tak Boleh Tengok Muka Tertuduh, Rasa Nak Marah

Ft Anak Mangsa Penunggang Ducati Marah Tengok Muka Tertuduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Marah yang membuak-buak dirasai Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, anak kepada penunggang Ducati yang nahas dalam kemalangan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) apabila melihat muka tertuduh di Mahkamah Majistret Ampang.

“Bila saya tengok muda dia, saya betul-betul rasa marah sebab hilang seorang ayah.”


Jelasnya lagi, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan seseorang anak apabila kehilangan bapa tercinta kerana Hafidz begitu rapat dengan arwah ayahnya.

“Ayah dengan saya sangat rapat. Kami selalu ‘ride’ dan pergi surau sama-sama. Apabila dia tidak ada, saya betul-betul rasa kehilangan.”

Screenshot 2023 07 10 190756

Jelasnya kepada mStar Online lagi, dia akan hadir ke mahkamah setiap kali prosiding berjalan untuk mendapatkan sebarang perkembangan kes.

Sebelum ini, Majistret, Amalina Basirah Md Top telah memerintahkan tertuduh yang didakwa menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Ketika prosiding, peguam telah memaklumkan bahawa tertuduh adalah seorang pesakit mental yang juga orang kelainan upaya (OKU) yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Screenshot 2023 07 10 190839

“Semasa kejadian, tertuduh tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya pelanggaran secara berlawanan arus jadi saya mohon pada mahkamah membenarkan untuk tertuduh menjalani ujian psikiatri dibawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.”

Untuk rekod, mangsa, Ahmad Fadzil Omar yang menunggang motor berkuasi tinggi, Ducati Panigale, meninggal dunia selepas terbabas dan terjatuh dari jeambat SUKE kerana dipercayai cuba untuk mengelak daripada penunggang motorsikal yang melawan arus pada 14 Jun lalu.

Baca : Lelaki Lawan Arus Di Lebuhraya SUKE Serah Diri, Hanya Tahu Tentang Kes Lepas Baca Berita

Cats 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.