in

“Anak Malaysia memang padu!” – Tersenarai Dalam ‘Golden Boy Award’, Luqman Hakim Sehebat Pemain Muda Popular Eropah!

Untitled Design 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Luqman Hakim sering disebut kerana kelincahan dia telah menarik perhatian pelbagai pasukan besar dari Eropah dan Luqman Hakim berjaya “diikat” oleh pasukan K.V Kortrijk milik Tan Sri Vincent Tan yang bertapak di Belgium.


Baru-baru ini pemain muda negara yang kian meningkat naik itu sekali lagi membanggakan nama Malaysia apabila dilaporkan telah tercalon dalam senarai 80 pemain muda terbaik bagi anugerah ‘Golden Boy Award 2020’, sebaris dengan bintang muda Eropah.

Anugerah yang dikendalikan oleh akhbar Itali iaitu Tuttosport itu diadakan secara tahunan. Bagi tahun ini, Luqman Hakim berjaya mencuri tumpuan selepas turut diumumkan tercalon untuk merebut anugerah tersebut.

Who will win the 2020 Golden Boy Award ⁉️

Posted by 433 on Jumaat, 17 Julai 2020

1 16

2 11

Rata rata peminat bola sepak negara sangat gembira dengan pengiktirafan itu. Sebaris dengan nama seperti Mason Greenwood dan Bukayo Saka yang musim ini menjadi nadi penting Man United dan Arsenal, antara bukti bakat dari Malaysia itu mendapat perhatian luar.

Selain itu Luqman Hakim turut akan bersaing dengan pemain seperti Erling Haaland dan Sancho yang masing-masing mempunyai tag harga sangat tinggi. Sancho dilaporkan bernilai sekitar 100 juta Euro.

Sebelum ini, Luqman Hakim juga pernah mengharumkan nama Malaysia apabila disenarai dalam 60 wonderkid bola sepak dunia oleh The Guardian.

3 11

Luqman Hakim adalah bakat yang mendapat perhatian selepas aksi cemerlang bersama skuad remaja dan kemudian menempatkan diri dalam pasukan B-23 untuk Sukan Sea. Diharapkan perjalanan karier anak muda ini berjalan dengan lancar dan terus mengharumkan nama negara kita.

Baca: Peminat Bola Sepak Tempatan Boleh Kembali Ceria, Kerajaan Benarkan Liga M Disambung, Tanpa Penyokong.

1A 1

Sumber: Facebook
Sumber: Tutto Sport
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.