Bagi sesetengah orang, memandu kereta Honda adalah simbol kepada kejayaan dan kekayaan selepas bekerja. Ada yang menganggap individu yang memakai kereta Honda lebih berjaya daripada individu yang memakai kereta jenama tempatan.
Baru-baru ini, seorang individu ada meluahkan masalah yang dihadapinya dalam satu ciapan di Twitter.
Menurut individu yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia berasa tertekan dengan gesaan kedua-dua ibu bapa yang mahu dia membeli kereta.
Jelas individu tersebut, kereta yang diminta oleh ibu bapanya bukanlah kereta jenama tempatan. Sebaliknya, mereka meminta individu ini untuk membeli kereta jenama Honda.
Sambungnya lagi, dia hanya menerima gaji RM1,500 dan kereta Honda adalah di luar kemampuannya.
Menurut ibu bapa individu ini, Honda adalah kereta idaman mereka dan mendakwa ia adalah simbol kepada kejayaan.
Tidak cukup dengan itu, ibu bapa individu ini juga sering memberi contoh berkenaan anak-anak rakan mereka yang sudah berjaya selepas bekerja.
Luahnya lagi, dia berasa kecewa dengan sikap ibu bapanya yang terlalu melihat kejayaan orang luar.
Dia berharap agar ibu bapanya mendoakan kejayaannya agar lebih dimurahkan rezeki, daripada memberi tekanan untuk berjaya seperti orang lain.
Perkongsian ini ternyata mendapat perhatian ramai pihak yang bersimpati dengan nasib anak muda ini.
Rata-rata warganet menasihati individu ini untuk berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri tanpa perlu memuaskan hati orang lain.
Seorang penjual kereta turut berkongsikan pengalam peribadinya yang melihat pembeli membeli kereta di luar kemampuan diri sendiri kerana tekanan daripada ibu bapa.
“As a car salesperson, byk aku jumpa customers yg ade prob ni. Anak-anak bijak pandai ukur baju di badan sendiri, tapi tak dapat nak lari daripada ‘arahan’ mak bapak. Aku yg menjual pun serba salah.”, tulis individu tersebut.
Apa pendapat anda tentang isu ini?
Kredit: ConfessTweetMY
BACA: Caj Parking Sampai RM14K, Kereta Honda HR-V Ini Dah Lebih Setahun Tersadai di Parkir Airport