in

Anak & Ibu Cedera Gara-gara Pembantu Rumah Mengamuk Guna Parang

syaz ft 2025 11 12T104257.596

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perbalahan di sebuah rumah di Kota Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang mengakibatkan seorang lelaki cedera selepas berlaku pergelutan dengan seorang pembantu rumah warga asing hari ini.

Pembantu rumah berusia 44 tahun itu yang dilaporkan berada di bawah tekanan teruk, turut cuba mencederakan dirinya sendiri semasa kejadian.


Majikan, anak lelakinya berusia 28 tahun, serta suspek kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Artikel berkaitan: “Ini pengajaran” – Datin Shahida Bengang Pembantu Rumah & Tukang Kebun Buat ‘Projek Dalam Rumah

Artikel berkaitan: Kerani IPD Didenda Sebab Mengamuk & Tinggikan Suara Terhadap Ketua Polis Perak

cats 5

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika salah seorang mangsa, Wong Siew Kwan, 57, berada di dalam bilik tidur di tingkat atas rumah terdengar jeritan anaknya, Lee Qi Zhen, 28, dari tingkat bawah.

“Wanita yang bekerja sebagai akauntan itu terus ke arah pembantu rumahnya itu untuk meleraikan pergaduhan tersebut namun suspek bertindak melibas pisau dan terkena kepalanya.

Selepas mangsa berjaya merampas pisau yang digunakan, suspek bertindak lari ke dapur dan cuba mengambil pisau lain,” katanya.

Ashari berkata, mangsa dan anaknya cuba menghalang suspek hingga berlaku pergelutan di ruang dapur.

“Semasa pergelutan berlaku, wanita itu bertindak mengambil semua pisau yang ada di ruang dapur dan mencampakkannya ke luar melalui tingkap sebelum menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan,” ujarnya.

Siasatan awal mendapati pembantu rumah yang mula bekerja di rumah tersebut awal tahun ini berada dalam tekanan berkaitan kerja. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Pasukan forensik polis telah merampas beberapa objek tajam di lokasi kejadian. Suspek dijangka akan direman esok bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata tajam, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, denda atau sebatan.

Sumber: News Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.