in

Anak Cederakan Ibu Bapa Guna Pedang Samurai, Dakwa Dikejar Hantu

1pedang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki ditahan polis selepas mencederakan kedua-dua ibu bapanya menggunakan sebilah pedang samurai dalam kejadian di sebuah rumah di Persiaran Putra, Bandar Baru Putra, Ipoh, pada Jumaat.

Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 6.41 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati suspek berusia 29 tahun menyerang kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 57 tahun.


Screenshot 2025 12 27 at 10.19.35 AM

Selepas kejadian, suspek dipercayai melarikan diri dengan memanjat tembok dan bumbung rumah sebelum memasuki sebuah rumah jiran berhampiran. Namun, suspek berjaya dikesan dan tekah ditahan oleh anggota dari Balai Polis Tanjung Rambutan tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod rawatan kesihatan mental dan pernah menerima rawatan di sebuah hospital psikiatri sebelum ini, selain mendakwa tidak sedar dengan tindakannya serta merasakan dirinya dikejar hantu ketika kejadian berlaku.

Screenshot 2025 12 27 at 10.20.31 AM
Gambar hiasan

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta terus menyalurkan maklumat yang sahih kepada pihak berkuasa.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.