in

Anak Asyik Meragam, Ibu Bagi Hisap Rokok Sampai Ketagih

Kaubuatapadik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Anak Asyik Meragam, Ibu Bagi Hisap Rokok Sampai Ketagih
Loading
/

Tergamak dia bagi rokok kat anak dia!


Menurut mStar, baru-baru ni beberapa keping gambar menunjukkan seorang budak lelaki di Sukabumi, Indonesia sedang hisap rokok tular di laman sosial dan buat ramai orang bimbang. Lebih mengejutkan kanak-kanak tu baru berusia 2 tahun! Biar betul!

1 10 1
sumber: youtube

Anak kecil dikenali sebagai Rapi Ananda Pamungkas tu nampak selamba je pegang rokok sambil hembus asap rokok macam lelaki dewasa. Rakaman Rapi pro hisap rokok tersebut diambil berdekatan dengan gerai ibunya.

Aksi Rapi ternyata menarik perhatian orang ramai yang berjalan melintasi gerai berkenaan. Anak kecil ni katanya dah alami ketagihan rokok dan mampu hisap sampai satu kotak sehari. Gilooo!

22 3
sumber: youtube

“Pada mulanya dia hanya kutip puntung rokok di lantai, sekarang dia dah pandai hisap pula. Saya beri sahaja sebab tak mahu dia meragam dan mengamuk.”

“Sekarang ni kalau Rapi tak dapat rokok dia tak boleh tidur. Jadi dia akan mula menangis dan mengamuk. Rokok tu memang mahal tapi kami terpaksa belikan untuk dia. Dia suka merokok setiap hari. Dia mampu merokok sampai 40 batang setiap hari.”

3 10
sumber: youtube

Bapa Rapi yang juga seorang perokok mengakui dia sebenarnya kagum dengan kebolehan anak kecil dia tu.

“Saya pun tak merokok sebanyak tu. Saya merokok di tempat kerja sahaja.”

Ibu bapa Rapi sekarang sedang memohon bantuan orang ramai termasuk pakar kesihatan untuk menghentikan ketagihan anaknya.

Alahai kesiannya kecik-kecik dah ketagih rokok.

Tengok gaya budak 2 tahun ni hisap rokok:

Sumber: Youtube

Baca: Budak 6 Tahun Layan Porn Dalam Beg!

Sfsss 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.